CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2992|Reply: 5

Robert Pattinson Rakam Album?

[Copy link]
Post time 17-6-2014 12:31 PM | Show all posts |Read mode


MEMBAWA watak puntianak tampan, Edward Cullen menerusi filem Twilight ternyata memberi impak besar sekali gus menjadi kenangan terindah buat aktor, Robert Pattinson atau lebih mesra disapa sebagai Rob ini.

Masakan tidak, sejak filem itu ditayangkan pada 2008, aktor berusia 28 tahun itu terus mengukir kariernya dengan cukup cemerlang dan gemilang di Hollywood.

Bahkan, saham anak kelahiran London, England ini terus naik mendadak sehinggakan bayaran untuk mengambilnya berlakon meningkat hampir tiga kali ganda.

Tidak cukup dengan itu, watak Edward Cullen juga masih terus ‘terpakai’ menerusi kesinambungan filem itu iaitu The Twilight Saga’s New Moon (2009), The Twilight Saga’s Eclipse (2010), The Twilight Saga’s Breaking Dawn Part I (2011) dan The Twilight Saga’s Breaking Dawn Part II (2012).

"Saya tidak melihat Edward Cullen sebagai puntianak semata-mata dalam Twilight.

"Apa yang saya lihat, dia adalah lelaki yang berpegang kuat dengan prinsip dirinya, meminati apa yang dilakukannya dan punya keyakinan diri," katanya.

Biarpun dirinya kini menjadi perhatian ramai, namun pemilik nama sebenar Robert Douglas Thomas Pattinson ini mengakui mula berasa bosan dengan limpahan populariti yang diterimanya itu.

Baginya populariti dirinya akan berakhir suatu hari nanti, seperti mana berakhirnya hubungan cinta antaranya dan aktres jelita, Kristen Stewart.

"Rob mengakui ingin meninggalkan seketika kariernya dan belajar di sekolah lakonan dan cara bekerja di sebalik tabir.

"Dia tidak mahu lagi menjadi orang terkenal, biarpun dia menyukai kerjayanya kini," kata sumber terdekat aktor itu.

Rakam album sulung

Tidak hanya bergelar pelakon, Rob juga berbakat besar dalam bidang muzik.

Malah, melalui filem pecah panggungnya, Twilight, Rob pernah menyumbangkan suaranya menerusi lagu Never Think dan Let Me Sign, serta merakamkan lagu untuk filem, How To Be.

Bukan itu saja, dalam satu temu bual bersama agensi berita L.A Times, Rob mengakui bidang muzik akan menjadi karier utamanya sekiranya dia gagal dalam bidang lakonan.

Bahkan, Rob  mampu bermain gitar dan piano serta menggubah lagunya sendiri.

Terbaru, Rob dilaporkan dalam proses merakamkan album pertamanya yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Rakannya, Brady Corbett memberitahu The Sun, Rob kini sibuk menghasilkan albumnya itu dan menambah, aktor berkenaan sememangnya berhasrat untuk menceburi bidang muzik.

"Dia selalu ingin menjadi seorang ahli muzik, tetapi hasratnya itu ditangguhkan berikutan projek filem Twilight," katanya.





Ubah penampilan

Rob juga bakal muncul sebagai seorang pencuri kereta bernama Rey menerusi filem terbaharu arahan David Michôd, The Rover.

Bergandingan dengan aktor hebat, Guy Pearce, Rob mengambil keputusan membuat kelainan dengan mengubah penampilannya.

Tidak lagi kelihatan kacak dan sentiasa kemas, Rob sebaliknya tampil dalam keadaan tidak terurus.

"Saya akan melakukan apa saja agar watak  dimainkan dapat dilakukan dengan sempurna.

"Watak Rey adalah karakter yang sangat sesuai dan kerana itu saya sanggup melakukan perubahan," katanya pada MTV News.

Filem yang menjalankan penggambaran di Australia ini mengisahkan (Guy Pearce) yang  merantau bersendirian di satu kawasan terpencil di Australia. Sepanjang berada di sana, tiba-tiba keretanya dirompak oleh sekumpulan
penjenayah yang berbahaya.

Eric berhasrat memburu mereka dan mendapatkan keretanya semula dengan bantuan Rey (Robert Pattinson) seorang anggota kumpulan penjenayah terbabit yang naïf dan kecederaan yang dialaminya dia  ditinggalkan.

Apakah yang berlaku? Nantikan kemunculan filem ini di pawagam pada 19 Jun ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 12:47 PM | Show all posts
boleh tahan jugak la suara dia...penah  dengar kat youtube.baik dia nyanyi dari berlakon kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 04:00 PM | Show all posts
ooo...tak tau pulak dia pandai menyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 06:33 PM | Show all posts
suara dia x sedap  walaupun dia mmg hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 08:38 PM | Show all posts
boleh la layan sore dia..aku suka je lagu dia yg dalam Twilight tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong je ape ko nak wat robet
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.754463 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list