CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6354|Reply: 9

SAMAN BANK - AKU TIDAK SEPATUTNYA DI ISTIHARKAN MUFLIS!!

[Copy link]
Post time 2-6-2014 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Salam 1 Malaysia

Saya adalah Pelanggan yang teraniaya kerana di Isythiarkan MUFLIS akibat sikap acuh tak acuh kakitangan sebuah bank dalam menguruskan kes saya. Mohon pandangan, cadangan atau tindakan yang sepatutnya boleh saya ambil terhadap KES ini, selepas membaca kes saya ini. Terima Kasih.

Saya mempunyai tunggakan Hutang Kenderaan RM47,044.48 yang dituntut oleh sebuah bank, yang akan dibicarakan pada 29/7/2010. Kes perbicaraan ini, saya ketahui semasa saya menyemak kelayakan pinjaman di MBSB (6/7/2010). Tergemam saya bila mengetahui kes yang akan berlangsung kelak adalah proses akhir. Pengisythiaran Muflis. Saya bergegas ke Bank yang menyaman saya untuk membincangkan proses penyelesaiannya. Melalui perbincangan bersama wakil bank tersebut saya perlu menjelaskan RM40,000 sebelum perbicaraan dan bakinya sebelum 31/12/2010.

Keputusan yang saya buat pada ketika itu hanya satu, Membuat Pinjaman Peribadi daripada bank. saya menghantar permohonan pinjaman peribadi kepada 2 bank. Tidak Diluluskan kerana Kes yang akan dibacarakan kelak terdapat semasa semakan oleh bank tersebut. Akhirnya, setelah berbincang dan merayu kepada MBSB, permohonan pinjaman Peribadi saya diluluskan sebanyak RM190k (tutup loan Bank Rakyat, BSN ) Wakil Bank yang menguruskan kes saya memaklumkan bahawa saya, mereka telah mengarahkan kes tersebut ditangguhkan pada 26/8/2010, kerana permohonan Pinjaman Peribadi saya dalam proses kelulusan. Semasa menunggu kelulusan MBSB, bermacam-macam dokumen, pengesahan yang diperlukan oleh HQ MBSB kerana status kes saya itu meragukan keputusan Kelulusan Pinjaman saya. Saya Menghubungi HQ MBSB, Merayu, memujuk, Menjelaskan situasi sebenarnya. Akhirnya MBSB Bersetuju meluluskan pinjaman tersebut pada 23/8/2010. Terus saya maklumkan Wakil Bank Tersebut kelulusan pinjaman peribadi saya telah diluluskan dan RM40.000 yang dituntut dimasukkan ke dalam akaun saya di bank tersebut dalam tempoh 10 hari berkerja.

24/25 dan 26/08/2010, saya sentiasa berhubung dengan wakil bank tersebut, bertanyakan Kes yang akan dibicarakan pada 26/8/ tersebut. adakah akan Ditangguhkah atau perlukah saya hadir juga kerana saya risau RM40,000.00 daripaa MBSB tersebut belum diterima. Saya meyakinkan wakil bank tersebut tunggakan bayaran saya itu dalam proses. saya suruh wakil bank tersebut berhubung dengan MBSB untuk mengesahkan yang pembayaran dalam proses.

Hari Perbicaraan, saya risau.. buka saja pejabat saya terus call wakil bank tersebut. Saya bertanya perlukah saya hadir kes saya yang akan dibicarakan nanti. Wakil bank itu hanya menjawab, Oh ya! saya semak dulu, nanti saya hubungi. Sayapun tunggulah dihubungi. Tetapi wakil tersebut tidak jugak menghubungi saya untuk memaklumkan saya apa yang :perlu dilakukan. Pada andaian saya kemungkinan yang akan berlaku:

i. Kes tersebut akan ditangguhkan oleh wakil bank tersebut kerena dia Telah maklum bahawa MBSB dalam proses menjelaskan RM40K kepada mereka melalui pinjaman peribadi saya yang telah diluluskan.
ii. Kes itu telah digugurkan kerana Mungkin RM40k tersebut telah diterima oleh mereka kerena Bank Rakyat dan BSN telah memaklumkan saya mereka telah menerima sejumlah wang untuk penyelesaian pinjaman peribadi saya di sana.

Namun demikian, Pada 7/9/2010, semasa saya hendak mengeluarkan simpanan di Tabung Haji untuk persediaan Aidiladha keesokan harinya. Pitam saya seketika, Encik Ahmad, Akaun encik telah di tutupkah? Hairan pula saya, Bila masa saya closing account. Apa yang tertera di akaun saya puan? dengan pantas dijawab.... BANKRUPTCY! saya terus hubungi wakil bank tersebut, dengan berang saya bertanya, KENAPA awak teruskan perbicaraan Pengisythiarkan Muflis sedangkan awak tau pembayaran RM40k dalam proses. Kenapa awak tak tangguh kes tersebut seperti penangguhan pertama semasa saya mengurus pinjaman. kenapa semasa mengurus pinjaman u boleh tangguhkan perbicaraan, tetapi setelah awak tahu kelulusan pinjaman dan pembayaran akan dibuat dalam masa 10 hari berkerja, awak teruskan perbicaraan? Kenapa saya tanya awak pada hari perbicaraan saya perlu hadir kah tidak, awak tidak maklumkan saya apa-apa dan hanya suruh saya tunggu awak hubungi... Why..? why? 3 HARI Kemudian Bank yang telah meneruskan perbicaraaan MUFLIS ini telah menerima pembayaran RM40K daripada MBSM melalui akaun saya!!!


A. PADA HEMAT SAUDARA, ADAKAH LAYAK SAYA MENDAPAT PENGISYHTIRAN MUFLIS INI?
b. BILA BEBAS DARI GELARAN MUFLIS INI. SAYA NEKAD AKAN MENYAMAN BANK INI KERANA MENGANIAYA SAYA TANPA RASA BERTANGGUJAWAB. ADAKAH POTENSI SAYA MENANG? ATAU SAYA MEMANG AKAN KALAH JUGAK WALAU APA CARAPUN?

MOHON BERIKAN SAYA PANDANGAN DAN PANDAUAN ? SAYA SUNGGUH TERTEKAN. TERIMA KASIH.




Comments

Saudara boleh terus ke Pejabat Insolvensi untuk merujuk berkaitan perkara ini. Saya nasihatkan jangan hanya berjumpa dengan pegawai di kaunter kerana mereka cuma dapat selesaikan hal ringan.  Post time 5-6-2014 08:17 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 04:15 PM | Show all posts
simpati. sbb pernah merasa teraniaya sebegini rupa.

u just go straight to JIM dan jumpa pegawai yg in charge case anda.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 11:37 AM | Show all posts
biasanya hal berkaitan bank juga ko boleh report kat bank negara..

nak saman rasanya memang x berbaloi sangat sebab take time...cost....probability nak menang or kalah..

aku mmg xsuggest ko take legal action..

tapi report pasal bank delay sume tu rasanya bank negara yg paling sesuai..

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 12:39 PM | Show all posts



kesian tt....


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 02:37 PM | Show all posts
Kita cuma ikan bilis dengan mudah diratah oleh pihak perbankan yang diberikan lesen untuk membuat pinjaman. Kita ikan bilis yang tiada pilihan selain dari terpaksa mendapatkan pinjaman melalui bank-bank ini dan dikenakan berbagai syarat dan terma.

Kita ikan bilis yang terpaksa membayar balik pinjaman berkenaan termasuk dengan kos-kos tambahan dan faedah yang berlarutan..... Bila jadi kes begini, apa yang mampu kita buat ? Bila bermasalah, pihak bank dengan ego dan berani menekan kita, ikan-ikan bilis ini dengan ugutan dan tindakan yang bersandarkan kepada undang-undang dan syarat yang telah kita 'langgar'... apa yang boleh kita buat... ??

Memang ada agensi yang boleh membantu kita, tetapi kita terpaksa melalui kesusahan dan masa yang akan terbuang..... Kita si ikan bilis ini, mahu tak mahu terpaksa juga menghadapi keadaan seperti ini selagi hayat di kandung badan...no way out...kecuali kita orang-orang yang ditakdirkan menjadi senang dan kaya......
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahurabbi kesiannya TT... Xtau nk tolong mcm mn ..isyaallah cuma mampu doa Allah permudahkn urusan TT .. Insyaallah doa orang teraniaya ni makbul tmbh pla buln puasa... MogaAllah permudahkn urusan Amin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2014 11:52 AM | Show all posts
sepatut nye...tak payah berurusan dgn bank...lpas dr muflis, boleh berurusan dgn insolvensi....sbb segala hutang piutang kite akan baya direct dgn insolvensi...n kalau kite nk merayu kurangkan jumlah, insolvensi akan mohon dengan bank...lg mudah urusan dr berurusan terus dgn bank yg cekik darah....

even kalau ko bayar rm20k dulu pon, bank tak boleh nk proceed dgn bankruptcy...sbb utk menjalankan prosedur bankruptcy, sesorang mesti berhutang 30k ke atas...kalau hutang ko dlm 25k, derang takkan proceed...utk saman pihak bank bg aku tak worth it...bertabah je la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 12:52 PM | Show all posts
apa perkembangan kes tuan tanah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 12:31 PM | Show all posts
maaf, sy x bersetuju dgn @Nadim..

jgn igt kita ikan bilis kita xada hak..kita ada..cuma kita x tahu nk mula kt mana dan nk cari siapa..utk aduan berkaitan pihak bank, kita boleh mengadu ke BNM atau Biro Pengantaraan Kewangan (http://www.fmb.org.my/) ..email sahaja dan diorang akan notify masalah kita..make sure ceritakan flow mcm tt buat n detail yg berkaitan..simpan segala bukti yg ada..kalau adu ke BNM, nnt BNM akan fwd ke bank berkenaan utk berurusan dgn pengadu..smpai kes selesai..selagi x selesai, selagi tu BNM akan terus igtkan bank tersebut..tp kita si ikan bilis ni kena la usahakan sikit..bertegas, dan kalau perlu utk touch down bank/ tempat2 berkaitan, pergi..jgn kite terus berterusan ditindas..

dapatkan info disini:-

http://www.bankinginfo.com.my/04 ... php?intPrefLangID=2
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya dapat Surat mahkamah ko Terus pg jumpa AKPK utk minta psndangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.155603 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list