CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2406|Reply: 0

Era baharu 3008

[Copy link]
Post time 22-5-2014 03:57 PM | Show all posts |Read mode

Reka bentuknya yang unik menjadikan 3008 berbeza dengan SUV sedia ada di pasaran.

SEBAGAI sebuah SUV (kenderaan utiliti sukan) yang paling inovatif dan moden dalam kelasnya, model Peugeot 3008 2014 menetapkan satu  tanda aras baharu dalam segmennya.

Dibina di atas prinsip-prinsip reka bentuk, teknologi dan fungsi, 3008 baru sahaja dilancarkan. Untuk segmen Stereng kali ini, saya berpeluang memandu 3008 minggu lalu pada hari bekerja.




Kali ini, model yang diperkenalkan pada 2009 itu kini menerima 11 perubahan. Untuk memahami rekaan yang ditampilkan SUV Perancis ini yang memiliki penampilan luar dari kebiasaan sebenarnya hanya mampu difahami oleh segelintir pihak sahaja.

Mungkin ada yang menyatakan ia menarik mahu pun di sebaliknya.

Muka hadapan direka semula walaupun gril baharu adalah ciri yang paling dominan.  Lampu hadapan bersama lampu LED nyalaan siang hari membentuk mata yang lebih dinamik dan lampu kabus di bawahnya diserlahkan dengan kemasan krom dalam bentuk ‘boomerang’. Lampu belakang LED baharu juga kini tampil dengan rekaan signatur kuku terapung.


Kabin

Masuk ke bahagian kabin, inovasi dalaman yang moden menghasilkan daya pandang yang luas bagi pengemudi mahupun seluruh penumpang. Konsol tengah yang tinggi juga berfungsi sebagai perehat tangan bagi pengemudi. Sementara hendal di konsol tengah di sebelah kiri transmisi seakan-akan menegaskan batas wilayah pengemudi dan penumpang di sebelahnya.  Ibarat kata seorang rakan, jika ingin bermesra bersama pemandu menjadi halangan.

Bahkan duduk di kerusi pemandu cukup menyenangkan, kaca yang lebar memudahkan melihat segala sisi, meski penglihatan menerusi kaca belakang terasa sempit kerana rekaan bergaya seperti coupe. Berada di bangku baris belakang terasa selesa berkat ruang kaki yang luas.

Tawaran bukaan bumbung kaca panorama sehingga ke bahagian penumpang belakang memberikan pencahayaan yang lebih pada kabin.

Susun atur keseluruhan papan pemuka adalah sama seperti sebelum ini tetapi di tengah papan pemuka kini disediakan skrin pelbagai fungsi berwarna tujuh inci yang boleh dilipat rata apabila tidak diperlukan. Skrin memaparkan peta digital, navigasi dan maklumat pada sistem audio. Turut dipaparkan grafik parkir depan dan belakang serta pandangan dari kamera undur.

Seperti model 3008 sebelumnya, Peugeot memperkenalkan Head Up Display ( HUD) yang inovatif di mana ia tidak memerlukan cermin kaca khas. Sebaliknya, panel itu dipasang di atas kawasan panel instrumen. Paparan HUD menunjukkan maklumat penting kelajuan kenderaan, tetapan penghad kelajuan atau kawalan pelayaran. Untuk bacaan serta-merta, setiap fungsi kini dikemukakan dengan berwarna : putih untuk kelajuan, oren untuk penghad kelajuan dan hijau untuk kawalan pelayaran.

Satu perkara yang saya sukakan tentang 3008 ini ialah penyediaan ruang simpanan yang banyak. Beberapa tempat penyimpanan lainnya antara lain kotak glove kecil di hadapan penumpang depan, di bawah kemudi untuk menyimpan dokumen kenderaan, poket besar di pintu depan, serta dua ruang penyimpanan besar di bawah kaki penumpang belakang.  Ruang penyimpanan paling besar tentunya di konsol tengah. Saiznya yang sedikit besar sedikit sebanyak memberikan kesan kabin yang sedikit sempit terutamanya bagi mereka yang bersaiz besar.


Prestasi

Selain daripada 11 ciri kemas kini 3008, versi 2014 kali ini juga menerima perubahan teknikal daripada segi powertrain. Enjin 3008 menerima  peningkatan kuasa kepada 165PS dengan 240 Nm kerana beberapa penambahbaikan yang dibuat pada omboh dan kepala silinder.

Oleh itu, versi kali ini menerima penambahan kuasa 7PS berbanding sebelumnya. Untuk penghantaran kuasa lancar, 3008 dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik.

Pengalaman pemanduan model terkini dengan sebelumnya tidaklah begitu jauh berbeza.  Saat melaju, kebisingan dari jalan mahupun angin adalah cukup minimum.

Melengkapi keselesaan ini, cermin penumpang belakang disertakan sepasang tirai  untuk meningkatkan privasi penggunanya.  

Pecutannya juga adalah responsif. Cukup hanya menggunakan gear ‘D’ tanpa menggunakan gear manual, prestasinya mula diraih pada kelajuan rendah.

Pengendaliannya juga impresif dan kestabilan tidak perlu digusarkan pada kelajuan 110 kilometer sejam dengan berkat adanya Electronic Stability Program (ESP), meski tubuhnya agak tinggi dan besar.

Sebagai sebuah SUV  memiliki ground clearance yang relatif tinggi sehingga dibenamkan Dynamic Stability Control pada kedua roda belakang untuk menjaga keseimbangan, terutama ketika berbelok.

Pada jalan kota dengan kelajuan rata-rata 19 km/jam, 3008 mampu memberikan kecekapan bahan bakar 8.9 km/liter. Cukup selesa dipandu di lebuh raya pada keadaan jalan yang lapang 3008 mampu melaju hingga 150 km/jam, cukup besar untuk kapasiti kenderaan yang hanya 1.6 liter.

Memandu di laluan yang penuh dengan batu juga bukan masalah bagi SUV yang satu ini, tapi sayangnya suspensi terasa begitu keras.

Satu perkara yang kurang enak juga, kawalan stereng terasa sedikit berat dan ketat. Ini menimbulkan rasa kurang selesa ketika melalui ruang yang sempit.  

Jujur saja, masih banyak orang yang sulit mencerna penampilan singa baru dari Perancis ini.

Namun selera unik ini ternyata telah mampu memberikan optimisme bagi Nasim Sdn Bhd. Kerana unit yang terus dan sasaran jualan 1200 unit menjadi bukti bahawa model ini mampu memiliki peminatnya.

Harganya yang tinggi sepadan dengan teknologi yang dimilikinya.  


Spesifikasi

  • Enjin: 1.6L Twin Scroll Turbo High Pressure
  • Sesaran: 1598cc
  • Kuasa maksimum: 165PS @ 6000rpm
  • Kilas maksimum: 240Nm @ 1400-4250rpm
  • Transmisi: 6-kelajuan Tiptronic
  • Ciri keselamatan: enam beg udara, ESP, ABS, EBD, EBA, ASR, DSR, Isofix
  • Harga: RM153,888


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.701102 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list