CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6385|Reply: 7

Naza N5 realistik

[Copy link]
Post time 22-5-2014 03:49 PM | Show all posts |Read mode


“DIAM-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat,” itulah bidalan yang sesuai untuk menggambarkan perihal Naza Bikes Sdn Bhd (Naza Bikes). Setelah sekian lama berdiam diri seakan kehausan produk baharu, Naza Bikes memperkenalkan satu lagi tambahan baharu dalam rangkaian produk mereka.

Syarikat milikan Bumiputera itu baharu sahaja melancarkan Naza Blade 250i Naked SE pada bulan lalu, namun pengenalan produk itu hanya seperti satu permulaan dalam lembaran perancangan perniagaan mereka untuk tahun ini.

Selepas setahun berada dalam proses pembangunan dan penyelidikan, akhirnya NAZA N5 dilancarkan dalam pasaran tempatan.

NAZA N5 yang berasaskan model Hyosung Exiv 250 direka khusus untuk memenuhi permintaan pasaran segmen 250cc yang semakin meningkat secara progresif.

Pada hari acara pelancaran NAZA N5, turut hadir ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kolao, Oh Sei-young dan Ketua Pegawai Eksekutif KR Motors, Bae Dong-Jun yang menyertai Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin dan Naib Presiden Naza Two Wheels & Four Wheels Division, Nik Danial Nik Mahmood.


Rekaan dinamik

Naza N5 dibina untuk kesesuaian penggunaan di dalam bandar di samping menawarkan keseronokan tunggangan. Motosikal yang membawa gaya street-naked ini dikuasakan dengan enjin silinder tunggal DOHC sejukan cecair.

Naza N5 dilengkapi transmisi enam kelajuan bagi proses pemindahan kuasa 28.4 hp (21.2 kW).

Jika dilihat kepada rekaan keseluruhan motosikal, ia lebih mirip kepada jentera motard keluaran jenama KTM. Akan tetapi, selepas diteliti pada segenap inci reka bentuk motosikal, Naza N5 mempunyai perbezaan dengan model yang ditawarkan KTM.

Binaan keseluruhan motosikal tampak utuh dan memiliki tahap kualiti yang baik. Rekaan lampu hadapan kemas, cembung dan tidak seringkas reka bentuk lampu motosikal milik KTM.

Saya meneliti bahagian rangka enjin dan saya dapati bahagian sambungan kepada sistem suspensi tunggal belakang tidak berada di titik tengah kerangka motosikal. Kedudukan suspensi lebih berat ke kanan dan diseimbangkan dengan rekaan lengan ayun belakang.

Kedudukan ekzos N5 terletak kemas di bahagian bawah perut motosikal. Mungkin tujuan utamanya adalah untuk memberikan ketepatan titik tengah graviti bagi menyediakan tahap pengendalian yang lebih baik.

Kedudukan tunggangan pula tidak mencerminkan pengadaptasian konsep naked-motard KTM.

Oleh sebab saiz tangki bahan api Naza N5 lebih panjang, posisi tunggangan tidak terlalu menegak. Ruangan pelana penunggang dipisahkan dengan pelana pembonceng untuk menampilkan gaya yang lebih sporty.


Tunggangan pertama

Sepenuh pujian diberikan kepada pihak pengurusan Naza Bikes kerana cukup berani untuk menerima kritikan daripada pihak media. Sebelum hari pelancarannya, saya telah diberikan peluang untuk menunggang uji jentera ini.

Ketika sesi tunggang uji tidak formal ini, saya diberikan unit ujian yang sudah pun melengkapkan perjalanan sejauh 10,000 kilometer. Bunyi enjin masih lagi baik tanpa sebarang gegaran. Secara tidak langsung, ia berjaya mengubah persepsi saya yang masih kurang mempercayai teknologi dari Korea.

Semasa gear pertama dikenakan, tiada sentakan kuat dan begitu juga dengan kemasukan gear-gear seterusnya. Pulasan pendikit sempurna untuk pengagihan kuasa enjin.

Daya pecutan Naza N5 baik dan respons pada julat pertengahan sederhana, tetapi masih memuaskan bagi enjin bersilinder tunggal.

Apa yang boleh dibanggakan adalah tahap pengendalian yang ditawarkan motosikal ini. Pada awalnya, saya tidak terlalu mempercayai komen rakan media senior yang bertegas menyatakan N5 lebih baik daripada pengendalian KTM 200 Duke.

Selepas mengujinya, saya turut bersetuju untuk mengatakan sedemikian.

Walaupun menguji N5 dalam masa yang singkat, secara keseluruhannya jentera ini ringan dan mudah untuk dikendalikan. Saya yakin motosikal ini boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja dan mampu menawarkan keseronokan tunggangan di dalam bandar mahupun untuk tunggangan santai pada hujung minggu.


Praktikaliti

Selepas pengumuman harga jualan pada RM13,988 di atas jalan termasuk insurans, saya menjangkakan motosikal ini mempunyai potensi pasaran yang sangat besar. Naza N5 sesuai untuk penunggang baru dan sesiapa yang ingin menaik taraf kapasiti motosikal.

Tahap kualiti binaan Naza N5 memuaskan dan boleh bersaing dengan mana-mana model hasil pengeluar terkemuka lain dalam pasaran. Pastikan pembelian anda adalah pembelian yang bijak dan berpadanan dengan nilai wang.

Pada hari pelancarannya, Datuk Wira SM Faisal menyatakan pihak Naza Bikes menyasarkan jualan sebanyak 3600 unit NAZA N5 bagi tahun ini.

Sepanjang 15 tahun perkongsian teknologi dengan KR Motors, NAZA Bikes berjaya memperkenalkan enam model motosikal yang berbeza.

“Usaha kami adalah semata-mata untuk mewujudkan satu jenama motosikal Malaysia tersendiri, berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dengan penghasilan NAZA N5, kami yakin bahawa kami berada dalam lorong yang betul,” kata SM Faisal.

Naza Bikes memulakan program eksportnya pada tahun 2009 dengan memilih Iran sebagai negara pertama, diikuti Brunei dan Kemboja. Langkah perancangan strategik tersebut membuktikan usaha Naza Bikes untuk menerobos pasaran antarabangsa termasuk pasaran Vietnam dan Indonesia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2014 05:10 PM | Show all posts
design bersegi2.... xde seni la.... mungkin boleh letak logo decepticon atau autobots.... pendapat aku lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
diamond frame ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 11:44 PM | Show all posts
besi segitiga putih tu buat cacat la. kalo kaler hitam or kelabu mesti cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 03:33 PM | Show all posts
mcm prototaip
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 10:25 AM | Show all posts
motor skang dah xde yg se-gah motor dulu2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2014 11:50 AM | Show all posts
hujan lebat masuk air
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 08:21 AM | Show all posts
apsal teruk beno rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.308188 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list