Jupha Somnet yang juga merupakan atlet kebangsaan yang berasal dari Perlis merupakan taruhan bagi pasukan tuan rumah untuk mengutip pingat emas. Jupha yang akan tiba dari Kazakhstan pada 29 Mei ini setelah beraksi di Kejohanan Berbasikal Asia akan terus meneruskan kayuhan mengutip pingat emas bagi negeri kelahirannya.
Atlet yang berusia 21 tahun yakin untuk memberikan persembahan yang bertenaga bagi temasya SUKMA ke 17 setelah melakukan persediaan awal setelah gagal untuk mengutip pingat emas pada edisi SUKMA terdahulu.