CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1576|Reply: 7

Matlamat manusia diciptakan

[Copy link]
Post time 1-4-2014 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Seronok kalau topik ni dibincangkan... muga-muga ada yang menghuraikan supaya kita dapat jadikan PEDOMAN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2014 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk menarik. Saya share sedikit (ringkasan): Manusia dicipta utk:
1) Menjadi khalifah (pentadbir)
2) Menjadi hamba (pengikut)

Saya perkembangkan lagi matlamat yg dimaksudkan ini mencakupi 2 perkara bg apa yg dinyatakan di atas. Samaada kita mahu beriman ataupun tidak itu pilihan kita utk tentukan.

Org pasti bertanya apa beza beramal soleh dan juga taqwa? Beramal soleh itu sekadar mentaati apa yg diperintahkan selaku hamba, manakala bertaqwa itu memelihara dari berlakunya kerosakkan pada maksud beramal soleh.

Contohnya, si A adalah org yg beramal soleh dan si B adalah org yg tidak beramal soleh. Maka mengajak kearah kebaikkan dlm erti kata tidak menyinggung perasaan sehingga berlakunya kerosakkan itulah taqwa.

Sebelum2 ini saya byk tunjukkan sifat  dan perilaku saya utk menjelaskan makna kerosakkan dan berapa ramai yg membenci perbuatan kerosakkan sedangkan kita diberi pilihan utk menggunakan kaedah yg terbaik utk mengatasi kerosakkan jika berlakunya kerosakkan ke atas manusia itu sendiri.

Tidaklah Allah menciptakan kebaikkan dab kejahatan itu sia2 melainkan bersebab utk manusia itu merenung sedalam2nya makna khalifah dan hamba.

Jika org bertanya, adakah khalifah itu tertakluk kpd pemerintah negara? Jawapan saya : ianya merangkumi semua aspek pada diri individu, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Cuma lagi bagaimana caranya diimplimentasikan makna khalifah yg bertindak sebagai satu mode yg berdikari utk mengelak berlakunya kerosakkan.

Adapun sifat hamba itu sekadar mentaati perkara2 kebaikkan utk mengelakkan berlakunya kerosakkan.

Jika kita hayati Alquran, makna pentadbir itu termasuklah mereka2 yg membina suatu sistem yg tidak merosakkan jiwa ataupun yg merosakkan jiwa. Semua yg dimaksudkan itu bergantung kpd makna hamba hasil dari yg ditadbir utk memastikan kesinambungan kehidupan selaku pengikut samaada kearah merosakkan jiwa sendiri ataupun memelihara jiwa sendiri.

Di dlm dunia ini sememangnya terdapat mereka2 yg bertaqwa cuma lagi majoriti mereka menggunakan kaedah kerosakkan yg akhirnya merugikan diri mereka sendiri ke atas diri seorg hamba yg mukhlis.

Allah swt memberi AMARAN yg cukup keras akan janji2Nya sekiranya terdpt manusia yg bertindak merosakkan keadaan seorg hamba Allah ke arah kejahatan dan Dia mengistiharkan perang jika mereka berbuat kerosakkan ke atas wali2 yg sentiasa mendoakan kebaikkan manusia itu sendiri.

Sekian utk pengakhiran kata dari saya. Last edited by Abangcute on 1-4-2014 11:09 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2014 08:54 AM | Show all posts
Abangcute posted on 1-4-2014 06:43 PM
Tajuk menarik. Saya share sedikit (ringkasan): Manusia dicipta utk:
1) Menjadi khalifah (pentadbir) ...

T.kasih abg cute miut
Walaupun tajuk ini nampak remeh tetapi kalau manusia itu tak tahu apa maksud dia diciptakan memanglah akan jadi cacamerba seluruh kehidupan, tak tau hala tuju, tak ada target... hilang pedoman ibarat rombongan yang hilang misi

...harap ada lagi yang bagi pencerahan share2 pengetahuan..

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kekadang utk mengubah dunia perlu ubah cara kita memandang diri kita selaku khalifah dan hamba yg Allah redhoi.

Contoh:

Baru2 ini saya apply kerja disebuah syarikat sub con utk syarikat multi-nasional. Memandangkan sewaktu saya masuk isi borang aje Allah sudah tegur saya, maka saya lalui jugak ler prosedur temuduga selaku khalifah dan hamba Allah.

Ditemuduga dgn 2 bos yg bukan beragama Islam.,Bos lelaki saya jumpa dan nyatakan apa yg saya tahu mengenai pengalaman kerja saya. Tapi terdpt satu part saya kurang berminat iaitu masa rehat pukul 12-1 ptg. Saya dgn lemah lembut menyatakan saya hanya akan kerja jika waktu zohor ada masa solat. Dan bos ini memberi alasan hari Jumaat kilang rehat pukul 1-2. Seraya itu saya berkata, solat itu bukan sahaja hari Jumaat, akan tetapi hari2. 1 jam temuduga. Pendekkan cerita saya diberi keistimewaan utk rehat pukul 1-2.

Bos ke dua perempuan. Pun sama aje. Cuma bg dirinya, walaupun dia menyatakan dia kerja tak tengok bangsa, tapi dari cara interaksinya (base kepada pengalaman PR saya) 99% dia menipu saya.

Kerja akan ditentukan minggu depan dgn gaji rm1200 (saya apply) walaupun saya tahu itu bukan gaji minimum, akan tetapi saya selamber aje (maklumlah yg komplain dan tegur saya dgn kepentingan hawa nafsu terlalu byk secara tetiba aje ulang rancangan 2x mcm ler mereka tak faham saya lebih faham apa yg mereka nak dari saya). Keesokkan harinya, saya menghantar sms kpd kerani kilang, saya tidak berminat utk bekerja, carilah calon yg lebih layak dari saya kerana saya tidak mahu terlibat secara langsung dgn syarikat multi-nasional. Jawapan mudah, jika 1 brg itu tidak diredhai Allah, bolehkah sebiji kereta atau motor diredhai Allah? Carilah jawapannya wahai org yg menyangka diri itu pemberi petunjuk.

Okey lah, terover lak berforum. Kalau korang baru sembang bab pengurusan dan nak islah syarikat, saya gelak aje kerana saya pun tak berminat bila tahu perihal ttpa tah tppa. Apa pun Allah itu Maha Mentadbir.

Just sharing.

Sekian harap maklum. Last edited by Abangcute on 4-4-2014 08:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 02:27 AM | Show all posts
Alloh Maha Pencipta kerana itu Dia Maha Mencipta
Insan mewarisi rasa mencipta dan mencipta apa sahaja
Kini segala ciptaan dunia hampir tercipta semuanya
Banyak ciptaan yang insan sangat banggakan
yang tertinggi dan yang terbesar
Tanda dunia sudah di penghujungnya

Yang masih belum tercipta ialah insan kebanggan Alloh
yang menjadi matlamat setiap manusia yang dicipta
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 01:22 AM | Show all posts
1200 je..lps duit umah n kete jelah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2014 08:31 AM | Show all posts
Abangcute posted on 4-4-2014 07:58 PM
kekadang utk mengubah dunia perlu ubah cara kita memandang diri kita selaku khalifah dan hamba yg Al ...
Ditemuduga dgn 2 bos yg bukan beragama Islam.,Bos lelaki saya jumpa dan nyatakan apa yg saya tahu mengenai pengalaman kerja saya. Tapi terdpt satu part saya kurang berminat iaitu masa rehat pukul 12-1 ptg. Saya dgn lemah lembut menyatakan saya hanya akan kerja jika waktu zohor ada masa solat. Dan bos ini memberi alasan hari Jumaat kilang rehat pukul 1-2. Seraya itu saya berkata, solat itu bukan sahaja hari Jumaat, akan tetapi hari2. 1 jam temuduga. Pendekkan cerita saya diberi keistimewaan utk rehat pukul 1-2.

Rugi-rugi abg cute, kenapa tolak tawaran kerja, keistimewaan yang diberikan iaitu rehat pukul 1-2 itu satu kebaikan. Jika tuan kerja, tuan boleh perjuangkan supaya semua muslim dalam kilang dapat rehat pukul 1-2. Inilah satu cabang tugas khalifah dimuka bumi. Membawa manusia menyembah Allah swt. Jika ditolak maka satu kilang tak boleh solat zohor. Adusss. Tindakan Abg Cute tolak tawaran kerja menunjukkan AbgCute tidak bertindak sebagai seorang khalifah. hmmm...

Last edited by zamkumis on 7-4-2014 08:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis posted on 7-4-2014 08:31 AM
Rugi-rugi abg cute, kenapa tolak tawaran kerja, keistimewaan yang diberikan iaitu rehat pukul 1- ...

Saya tak rugi apa2 pun.

Lagipun apa yg Tuhan saya berikan lebih baik dari apa yg mereka offer.

Memandangkan gaji yg saya minta itu minimum sedangkan sepatutnya utk org baru RM1360, so tak perlu berkata apa2 jika kamu tidak fahami sambil kamu lure utk saya fahami. Tak ke janggal keterangan awak tu?

Gini ajelah, saya apply RM1200 utk tahu adakah mereka fikir saya tak tahu sedangkan saya tahu tangga gaji yg sebenar2nya? Dari situ saya boleh tracking setakat mana tahap sombong mereka. Sebenarnya dahsyat juga tahap sombong mereka tanpa mereka sedari. Cuma saya kelihatan senyum dan bersungguh2 ketika berbicara sedangkan mereka sekadar melepaskan batuk diatas tangga mengikut petunjuk mereka.

Ada contoh lain. Allah Jua Maha Mengetahui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047310 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list