View: 2202|Reply: 9
|
Kisah Lelaki, Kucing dan Ahli Sufi
[Copy link]
|
|
Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "Kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini?" Jawab lelaki tersebut, "Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku."
![](http://taildom.com/blog/wp-content/uploads/2012/07/maru-in-box.jpg)
Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita kecapi, kita derhaka kepadaNya. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNya, Dia masih belum menyeksa atau memukul kita dengan azabNya." Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.......
sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
terasa juga diri ini.. sob sob... ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nice topic ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pnah dengar kisah ni,
ptot bykkan sharing kisah2 tauladan ![](static/image/smiley/miluegg/pity2.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
belum tepat lagi cerita ini. apa pun good luck! |
|
|
|
|
|
|
|
yg paling tepat, Allah mencampakkan perasaan belas kasihan utk mengislah diri kembali kpdNya terhadap sekelian makhluk ciptaanNya. dalam masa yg sama, Dia mengajar dan menguji sejauh manakah pengorbanan belas kasihan jika berlaku penderhakaan terhadap kasih sayang? mendidik cara yg betul ditempat yg betul akan menambahkan lagi kasih sayang. sebelum mendidik perhatikan dimana najis itu berada dan adakah sekadar di suatu tempat? berkatalah si tuan kucing dgn penuh kasih sayang kpd kucingnya utk berak tempat yg ditetapkan .
Dalam kehidupan kita, pasti ada manusia yg menyebab kemarahan kita sesudah diberikan kasih sayang olehNya? maka jika perbuatan buruk dilakukan, tunjukkanlah tempat yg sesuai jika ada pihak mahu melakukan perbuatan buruk bersesuaian dgn sifat najis. kerana kemarahan itu tidak menyelesaikan permasaalahan mereka.
kesudahan kehidupan kucing akan bertambah jumlah kucing. so byk kerja yg tidak selesai malah bertambah bermasaalah dimasa hadapan walaupun kerana perasaan belas kasihan. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah dgr kucing terkam tuan? so apa tindakan anda? |
|
|
|
|
|
|
|
bermain dgn kucing boleh menyebabkan diri sendiri mendpt luka. beritahulah kisah ini kpd semua manusia jika mahu mengelakkan kemarahan diri sendiri yg berperangai spt kucing |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk tanyalah ustaz : terkaman si kucing.
semoga bermanfaat kpd yg mahu menyampaikan ilmu hikmah sifat umat Islam zaman ini. 3 episod, 1 akidah, 2 syariat 3 akhlak.
sekian utk hint hari terakhir saya berforum disini. maklumlah, saya org yg paling bodoh di dunia ini ketika berforum. semoga kebodohan saya di dunia ini tidak menyebabkan anda semua menjadi bodoh di akhirat kelak. dan jgnlah pula terasa diri diperbodohkan oleh org yg bodoh spt saya ini. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih nya... kesian kucing tu.. nasib baik ada ahli sufi yang menyedarkan..cerita yang bagus utk di kongsikan bersama belia sekarang demi kesedaran masing2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|