|
masa mengandung memang aku pantang kan diri aku dari mengambil kopi, teh dan nescafe
masa belajar dan bekerja sebelum kawin dan kawin sebelum mengandung... aku lah peminum kopi O dan nescafe tegar
bila jururawat kata jangan ambil kafein, terus aku patuh sebab aku dah diceramahkan oleh jururawat tersebut bahawasanya kafein akan potong segala zat zat dalam kandungan pil asid folik, vitamin B kompleks dan vitamin C sekiranyanya aku minum gak kafein, aku takut janin yang aku kandung tak mendapat zat secukupnya, sudahlaa pemakanan sekarang ni macam macam campuran, selain tuh aku elak jugak makan Hati, Maggi dan Sardin dalam Tin (ada merkuri yg akan ada effect pada janin).
pendek kata time mengandung dan berpantang adalah waktu MENYEKSAKAN tapi demi anak, aku sanggup tak minum minuman berkafein...
dan SUSU memang terbaik pada aku, alhamdulillah sewaktu aku mengandung tak de pulak aku rasa mual dengan susu, malah minum susu laa buat aku dan baby dalam perut aku kenyang dan happy...
hasilnya dua dua anak lelaki aku putih putih belaka tak seperti ayahnya hitam manis, cuma ramai kata nasib baik kulit ikut ibu dia.. tapi aku percaya aku minum susu, dan memang gilakan susu sewaktu mengandung... kalu malam malam aku terjaga sebab kandungan aku lapar, aku godak susu, lepas minum susu terus tido lena...
Bila anak aku yg no.2 dah berumur 2 tahun lebih ni.. aku amik supplement yang tak perlukan minum minuman berkafein , sekali lagi aku kena lupakan nescafe kegemaran aku, sekarang pagi pagi bukan nescafe yang aku teguk, aku cuma minum limau suam dan jus buah tanpa ais.. |
|