CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9294|Reply: 5

berapa anggaran kos nak swap enjin sohc vtec?

[Copy link]
Post time 10-1-2014 03:48 AM | Show all posts |Read mode
salam otai2 sekalian. baru2 ni kami sekeluarga telah membeli sebijik civic ej6/ek auto dengan enjen standard (y7). so, since enjen tu non vtec, rase cam tak bes lah pulak.

so aku plan nak swap dgn enjin vtec sohc dan enjin yg menjadi target ialah d15b yang 3-stage tu (vtec-e) sebab ramai orang cakap enjen tu paling jimat minyak.

since aku ni mmg sepatah haram tak paham pasal mende2 ni, mohon pandangan otai2 sekalian untuk rekemen bengkel mana yang uolls rasa bole buat enjen swap ni...and of course berapa anggaran kos nye (complete enjin, gb, wiring, etc n siap pasang skali). terima kasih

p/s: ramai org rekemen suruh swap ngan b16a sebab lagi power katenye. tapi since aku ni bukan kaki rempit, enjin dohc takde dalam pertimbangan. lagi pon budget ciput je. sebab priority ialah fuel economy and of course, janji henjen vtec. lps ni bole la tampal sticker vtec banyak2 kt body kete.



Last edited by shadowmoon on 10-1-2014 03:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2014 10:59 AM | Show all posts
ehm..halfcut d15b dalam 2-2.5k complete..dari enjin virs......upah maybe dalam 1k termasuk timing belt baru..minyak segala..main honda ni kena banyak berkawan coz tkut kena harga mahal....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2014 11:22 AM | Show all posts
TT duduk area mana?
kalau KL/Selangor area boleh contact terus

Engine problem,Engine Modification..dll.
tokeh : Ah leong
nama workshop : Powerspeed
lokasi : Danau Kota Setapak
tel no : 019 213 5222

bengkel ni sediakan pakej enjin siap pasang...
apa2 hal (warranty) boleh datang balik..
kalau beli enjin tmpt lain, pasang tmpt lain..kalau ada problem nti payah nak claim....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2014 09:14 AM | Show all posts
rata-rata aku usha kat half cut... basic vtec sohc sajer dah 5k...non-vtec 3-4 ribu...kalau dohc vtec aku malas nak tanyalah confirm lagi tinggi...demand tinggi sgt engine vtec nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 09:18 AM | Show all posts
Terus terang aku cakap lah ye...kalau takat pakai sohc vtec...takkan terasa kehebatan vtecnya. Maksud aku,..once ko dah tukar henjen masuk sohc vtec...then ko berkawan pulak dengan bebudak civic, seyesly  aku cakap ni, akan ada suatu hari nanti ko terasa nak main dohc vtec pulak. So, cadangan aku, alang2 nak tukar henjen, tunggu kejap, kumpul duit dan survey dohc vtec pulak. Mende ni ko kena pikir betul2 dulu. I've been there, done that,..sebab tu aku berani cakap camni. Bukan apa suh ko pikir abes2 ni, sebab menda dah alang2...kalau seken time nak swap pulak nanti lagi lah kosnya tinggi. Kan ko gak cakap nak upgrade..power sket bagai. Nanti dah masuk sohc vtec mulalah nak rasa laju dan power lagi tukar pulak performance parts ejos piping la...intake filter la...ignition cables la..grounding cable saiz bapak ular lah. Anyways, duit ko..ko punya pasal la nak spend camne kan. Kami kat sini bley kasi pendapat saja.

Kalau betul2 berminat untuk swap henjen, ko bley call https://www.facebook.com/avantechracing .
Ownernya Suhaimi, orang panggil mie avantech. I'm telling you, he's really something! Tak sangka now dia dah jadi top tuner skang kat malaysia. Tempatnya area seri kembangan. ko masuk je dalam fb. Barang2 halfcut pun dia ada bawak masuk, henjen swapping pun dia jugak. tuning dyno test bagai pun dialah jugak. nak wat website pun dialah jugak. Nak upah dia set up hardware IT pun dialah jugak . Usahawan berjaya mamat tuh.

Okay, nanti ko citerlah nanti kat dia apa yg ko nak, dan minta pendapat serta quotation dari dia. Melambak set henjen sohc vtec termasuklah M/T conversion serta body parts kat kedai dia tu yg mana aku yakin bley senang2 dapat harga murah. Tapi satu je aku pesan, jangan salahkan aku kalau lepas ko jumpa dia nanti tetiba plan ko berubah jadi lain...mana tahu..alang2 dia suh bubuh henjen b20b turbo vtec kaaa. gurau je.
Bab cost bagai sorry, aku dah hampir 2 tahun tinggalkan dunia modifasi vtec dan sukan permotoran... kurang hapdeted. Skang dah level2 abangs.

P/s: satu lagi nak pesan kalau ko dah berkeluarga sendiri; tunaikan dulu keperluan dan kehendak isteri dan anak2 sebelum nak enjoy dengan upgrading henjen kete..baru bini tak bising.

Sekian, terima kasih,

Kambeng Masam

2013 to present: Kia Sorento 3.5 V6 yr2013
2013 to present: Harley Davidson Sportster XL1200CB yr2013
2011 to 2013: Nissan Grand Livina Impul 1.8
2010 to 2011: Proton Gen2 1.6L
2008 to 2012: EK9 yr98 (ori japan), B18c type R, mod. 202bhp.
2004 to 2008: EJ6 yr96, henjen D16y converted to B18C SiR Vtec (integra SiR), mod 192bhp.
2002 to 2004: Proton Wira aeroback 1.3L



Last edited by kambeng_masam on 14-1-2014 04:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 09:22 AM | Show all posts
chicksv2 posted on 12-1-2014 04:14 AM
rata-rata aku usha kat half cut... basic vtec sohc sajer dah 5k...non-vtec 3-4 ribu...kalau dohc vte ...

tak perlu amik satu set halfcut dengan bodyparts bagai. kalau nak jimat just amik mana yg perlu untuk conversion saja. Wire harness + ECU, manual transmission set, engine & gearbox. tu dah cukup utk convert. Dashboard takyah tukar, pakai je je yg asal termasuklah dash meters. Itu bley kendian tukar bila dah ada duit lebih nanti.

Dah alang2 nak convert nanti tukar sekali segala mounting engine dgn yg baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.166665 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list