Akhirnya berjaya tulis review..
1.Cerita (6.5/10)
- Cerita ni ada ada dua mood – santai dan tense. - Santai bila mana 4 orang newbie nan sengal menyertai kerjaya polis. Together they grew as policemen and also as a person, spending everyday life as friends and also as a team. Part ni menarik dan aku terhibur dgn gelagat 4 newbie ni dgn team leader diorang. Sepadan bagai pinang dibelah dua. - Tense apabila tema revenge diketengahkan - Daegu dan Detektif Seo sedaya upaya mencari kebenaran disebalik kes pebunuhan mak Daegu yg merupakan titik hitam dalam sejarah hidup kedua2nya. Part ni pun menarik bagi aku. -Tapi.. mungkin sebab susun atur plot yg tak begitu best menjadikan tema santai dan revenge tak teradun dgn sebaiknya. - Maka hasilnya penyampaian tidak begitu menarik, agak lemau di pertengahan cerita umpama makan sedap tapi tak kenyang2 sebab dok tertunggu-tunggu bila nak bukak cerita pasal kes Daegu yg belum solved. - Aku bayangkan drama ni mungkin lebih menarik kalau penyampaiannya dibuat seperti drama I HearYour Voice, yg mana aku boleh enjoy the storyline like riding a rollercoaster. Up & down, up & down - Mujur akhirnya ada ending yg tak dijangka. Such a pleasant surprise for viewers. Dendam Daegu yg terpendam selama 11 tahun rupanya berpunca dari perkara yg remeh aje, takde kaitan pun dgn kes yg mak dia kena jadi saksi (rakyat marhaen memang selalu jd mangsa).
2.Keberkesanan Lakonan (8.5 /10)
Lee Seung Gi (Eun Dae Gu /Kim Ji Young) - aku masih belum move on the lakonan dia dlm King 2 Hearts.. (sekarang tengah tengok ulangan kat TV9). Lee Jae Ha bogoshippooo~~~ - apapun lakonan LSG dlm citer ni pun buat aku berdebar2 juga, terutama untuk scene2angst – scene gaduh dgn Seo Pan Suk, scene gaduh dgn penjahat, scene masa interrogate penjenayah - Cuma aku rasa dia belum betul2 master lagi watak senyap muka ketat or maybe partly of me mengharap terlalu tinggi yg watak ni extremely cold, arrogant & mysterious, tapi rupanya tidak seperti yg ku bayangkan. Bila dikalangan kawan2 satu team, adakalanya watak ni nampak kurang menonjol, terasa Daegu sedikit invisible. *Pencalonan untuk kategori Best Actor
Go Ah Ra (Oh Soo Sun)
- ini first time aku tengok lakonan dia.
- watak yg simple aje tapi memikat hati. - watak ni cute and bubbly in her own way, tidak tipikal seperti kebanyakan watak heroin2 korea yg seumpamanya.Maka aku bagi kredit untuk lakonan GAR. *Pencalonanuntuk kategori Best Actress
Cha Seung Won (Seo Pan Suk)
- watak Seo Pan Suk berjaya ditonjolkan dari pelbagai sisi. Watak yg realistic, menunjukkan nobody is perfect - lakonan yg bagus, dia berlakon pun natural & effortless maka aku calonkan dia.
*Pencalonanuntuk kategori Best Actor
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknikpengarahan, sinematografi) (7/10)
- lakon layar.. tidak la begitu membanggakan tapi tidakjugalah mengecewakan
- teknik pengarahan? ehem tak reti sangat komen tang ni.. ok la kot. Pelakon2 berlakon dgn best, banyak scene menarik maknanya director bagi arahan dgn baik??! Ye ke? huwaa hentam sajalah.. - sinematografi okey, memuaskan.. tiada scene yg mencacatkan, tapi tiada jugak yg betul2 cantik seingatku sepanjang menonton
4. Skor muzik (3/5)
- background music okey. Sesuai dgn scene yg dipertontonkan.
- OST tidak begitu memikat hati ku kecuali I’m In Love nyanyian Lee Seung Chul.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula(3/5)
- boleh diconsider untuk tontonan semula memandangkan banyak scene2 yg kelakar & sweet
--------------------------------------------------------------------------
TOTAL = (6.5 + 8.5 + 7 + 3 + 3 = 7)
untuk tindakan lanjut @dauswq
Last edited by manganini on 8-8-2014 03:19 PM
|