|
WALAUPUN rancangan pencarian bakat, The X Factor, kini menunjukkan penurunan dari segi sambutan, namun penerbitnya, Simon Cowell tetap mempertahankan rancangan ini.
Menurut Cowell, meskipun rating rancangan ini menurun setiap tahun, namun dia tidak boleh menyerah kalah.
"Saya tidak akan berhenti daripada meneruskan perjuangan dalam program ini.
"Malah, The X Factor musim depan akan diadakan dengan penuh kelainan dari segi konsep dan penganjuran.
"Saya percaya, ianya bakal mendapat tempat di hati penonton," katanya.
|
|