View: 7014|Reply: 1
|
Isuzu lancar D-Max X-Series di KLIMS13!
[Copy link]
|
|
Isuzu lancar D-Max X-Series di KLIMS13!
Baru-baru ini Isuzu Malaysia telah memperkenalkan pikap D-Max X-Series di KL International Motor Show (KLIMS13) Model edisi terhad ini menawarkan pelbagai ciri menarik seperti pelekat badan kereta, pakej aerodinamik, kemasan kulit ekslusif yang diimport dari Itali dan sistem infotainmen terbaru yang pastinya bakal menjadi tumpuan utama di booth Isuzu.
D-Max X-Series ini berasaskan model spesifikasi tinggi 2.5L 4×4 double cab tanpa perubahan mekanikal kepada enjin 2.5 liter VGS turbodiesel yang mampu menjana 136 PS pada 3,600 rpm dan 320 Nm daya kilasan pada 1,800 hingga 2,800 rpm. Hanya 300 unit model ini ditawarkan kepada pelanggan dengan pilihan dua warna iaitu Magnum White Solid dan Stallion Black Metallic. Harga untuk model edisi terhad D-Max X-Series ialah RM108,690 (harga atas jalan termasuk insuran).
Selain itu, antara tarikan menarik di booth Isuzu pada KLIMS kali ini ialah Isuzu D-Max ‘monster’, diinspirasikan dari cabaran Borneo Safari ke-23 yang merupakan salah satu daripada acara off-road paling mencabar. Isuzu juga turut mempertontonkan NPS 4×4 Jungle King yang juga merupakan salah satu daripada jentera off-road yang paling lasak dalam pasaran ketika ini. Dihiasi dengan corak belang harimau, Jungle King pastinya menarik perhatian peminat trak di KLIMS kali ini.
Trak Isuzu FXZ yang bakal dilancarkan tidak lama lagi bakal mencuri tumpuan dengan dipasang skrin LED gergasi berkembar dibelakangnya. Sebagai peneraju dunia dalam teknologi enjin diesel, Isuzu mempersembahkan enjin lutsinar Isuzu D-Max yang bakal memberikan pengunjung pengalaman bagaimana Isuzu menggabungkan prestasi dan penjimatan bahan api dengan teknologi enjin Variable Geometry Turbo System (VGS).
|
|
|
|
|
|
|
| |
|