|
PELAKON Eva Longoria dikhabarkan bakal meninggalkan industri seni selepas meluahkan hasrat bergiat aktif dalam bidang politik.
Malah, perkara itu bukan rancangan kosong sebaliknya, Longoria dikatakan sedang mengintai peluang dan seterusnya bertanding untuk menjadi Datuk Bandar di Texas, Amerika Syarikat.
Demi mendapatkan sokongan dan berkongsi perancangannya itu, Longoria, 38, dikatakan berjumpa dengan rakannya George Clooney berkenaan hasratnya menyertai bidang itu.
"Eva tidak mahu terburu-buru dan akan memulakan kerjaya politiknya secara perlahan-lahan dan daripada peringkat bawah terlebih dahulu,” kata sumber terdekat pelakon itu.
Bidang politik sebenarnya bukanlah perkara baharu buat Longoria kerana pelakon itu sebelum ini banyak terlibat dalam kempen demokrasi di Amerika dan menjadi tunjang utama kepada penyokong kaum Latin semasa pemilihan presiden Barack Obama pada September 2012.
|
|