CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3241|Reply: 10

TAUBAT SEORANG PENZINA~

[Copy link]
Post time 12-11-2013 10:54 AM | Show all posts |Read mode
TAUBAT SEORANG PENZINA~

SUATU hari seorang wanita yang hamil kerana perzinaan datang bertemu Rasulullah s.a.w. Dia meminta supaya baginda menjatuhkan hukuman rejam ke atasnya. Bagaimanapun Rasulullah memanggil wali wanita itu dan bersabda, Jagalah dia baik-baik dan apabila dia sudah melahirkan anak, bawa dia kepadaku. Selepas melahirkan anak, wanita berkenaan sekali lagi mengadap Rasulullah dan dia dihukum rejam sampai mati. Baginda menyempurnakan sembahyang jenazah untuknya.

Ketika itu Umar al-Khattab bertanya, Ya Rasulullah, kenapa Tuan menyembahyangkannya, sedangkan wanita itu telah melakukan zina? Rasulullah s.a.w. menjawab, Dia telah bertaubat, jika taubatnya dibahagikan kepada 70 orang di Madinah ini, ia masih mencukupi. Apakah ada orang yang lebih utama daripada seseorang yang telah menyerahkan dirinya kepada hukum Allah?'

Sememangnya di dalam menjalani kehidupan di alam fana ini, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Malah ada ketikanya ketenangan kita sering diganggu oleh dosa-dosa silam yang pernah kita lakukan. Ketika itu kita menjadi resah dan mungkin juga ada yang menitiskan air mata mengenang dosa-dosa yang pernah dilakukan. Namun menitiskan air mata sahaja tidak akan dapat memberi ketenangan kepada kita. Justeru, tiada jalan yang lebih baik selain menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan dan bertaubat kepada Allah kerana sesungguhnya sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang-orang yang suka bertaubat.

Rasulullah s.a.w. bersabda, Seorang yang berbuat dosa lalu membersihkan diri (berwuduk atau mandi), kemudian dia solat dan memohon pengampunan Allah, maka Allah akan mengampuni dosanya.

Setelah berkata demikian Baginda mengucapkan firman Allah surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud, Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu sedang mereka mengetahui. Taubat berasal daripada perkataan taaba-yatuubu-taubatan, iaitu kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. daripada segala perbuatan dosa yang pernah dilakukannya. Golongan sufi menjadikan taubat sebagai anak tangga pertama yang harus dilalui sebelum menaiki anak tangga seterusnya untuk mencapai ma'rifatullah (hakikat). Adalah sesuatu yang sia-sia jika seseorang hamba itu terus melompat ke atas anak tangga seterusnya seperti zuhud, warak dan sabar tanpa terlebih dahulu membersihkan dirinya daripada segala dosa yang pernah dilakukannya dengan cara meminta keampunan kepada Allah dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Taubat harus dilakukan dengan segera tanpa menunggu ajal tiba, ini kerana taubat yang dilakukan ketika nyawa sudah di kerongkongan merupakan taubat yang sia-sia. Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 17 hingga 18 yang bermaksud, Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka, mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka, (barulah) ia berkata, Sesungguhnya aku taubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedangkan mereka di dalam kekafiran. Bagi mereka Kami sediakan seksa yang pedih.''

Hati yang bersih setelah bertaubat merupakan sumber kedamaian dan ketenangan. Melalui ketenangan itulah ia akan membantu kita mengatasi masalah hidup dan tidaklah lagi berasa dibebani dengan dosa-dosa silam. Justeru selagi nyawa dikandung badan, selagi pintu taubat masih terbuka, maka ambil kesempatan tersebut untuk kembali ke jalan Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2013 11:38 AM | Show all posts
benar sebab nak masuk syurga amat payah dan hanya amalan dan paling utama RAHMAT ALLAH .

sangat susah.

sebab tu u know...seeloknya menerima sahaja apa yg ALLAH bagi dan tetapkan sebab DIA MAHA MENGETAHUI.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2013 11:43 AM | Show all posts
good thread tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2013 11:48 AM | Show all posts
HIJRAH HATI...

Hijrahkan hati kita dari buruk kepada baik..dari baik kepada yang lebih baik..in Shaa Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 05:51 PM | Show all posts
Bagaimana cara-caranya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 02:48 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 12-11-2013 11:38 AM
benar sebab nak masuk syurga amat payah dan hanya amalan dan paling utama RAHMAT ALLAH .

sangat s ...

Macam mana kefahaman moderator ini.. masuk syurga itu susah?

Adalah mudah untuk berbuat baik, bersedekah, jujur, senyum selalu, tidak menyakiti
orang lain, sentiasa memandang positif dan mengganggap baik terhadap orang lain dan
disempurnakan dengan keimanan yang benar terhadap Maha Alloh dan bersyukur kepadaNya.
Bukankah itu jalan yang lurus?

Masuk neraka itu yang susah, kena keluarkan nafsu dgn berkerut muka untuk dengki, pemarah,
cemburu tak tentu pasal, merosakkan, memusnahkan, merogol dan menyakiti, membunuh dan
segala macam tindakan yang payah, umpama dengan jalan yang bengkang bengkok ...

Adakah Alloh menyusahkan manusia, kejadian yang Ia muliakan sedangkan Alloh Maha Pengasih
dan Penyayang?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2014 02:55 AM | Show all posts
dinsmann posted on 5-4-2014 02:48 AM
Macam mana kefahaman moderator ini.. masuk syurga itu susah?

Adalah mudah untuk berbuat baik, b ...

masuk surga itu sangat payah dan tak mustahil

dengan

rahmat-Nya
amalan kita

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 01:00 PM | Show all posts

Hmmm...

dinsmann posted on 5-4-2014 02:48 AM
Macam mana kefahaman moderator ini.. masuk syurga itu susah?

Adalah mudah untuk berbuat baik, b ...



Kalau nak kata susah tu tak boleh jugak... Tapi nak kata senang pong tak kena jugak... Senang atau susah pokoknya sejauh manakah kita yankeng bahawa kita terus masok syurga tanpa perlu melalui neraka...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 01:44 PM | Show all posts
Dimudahkan ...

Mana senang berbuak baik atau berbuat jahat?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 11:20 AM | Show all posts
dinsmann posted on 7-4-2014 05:44 AM
Dimudahkan ...

Mana senang berbuak baik atau berbuat jahat?

saya pilih untuk buat baik..

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 07:42 PM | Show all posts
Bukankah yang didoakan setiap hari dalam solat kita "ihdinassirotalmustaqim" itu, tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Jalan lurus adalah jalan yang mudah. Memohon perjalanan untuk menuju Maha Alloh. Jalan yang mudah adalah jalan yang senang dan mudah dilalui. Jelas dan terang dan tidak memungkinkan insan menjadi sesat.

Kenapa insan suka benar menyatakan payah, berandai-andai yang bermacam-macam, sehingga sampai 73 kefahaman. Masing-masing mempercayai golongannya dan menghukum yang lain sebagai sesat.

Alloh Maha Mendengar, 1500 tahun orang Islam memohon kepada Alloh dan meminta tunjukkan jalan yang lurus, sudah pasti Alloh mendengarnya. Kenalah benar-benar beriman kepadanya. Pohonlah keredhaan-Nya terhadap segala nikmat yang diberikan-Nya. Berimanlah hanya kepada Maha Alloh. Tiada yang lain selain Alloh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.038116 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list