CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3138|Reply: 5

TMJ: FAM perlu berubah

[Copy link]
Post time 11-11-2013 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Tunku Ismail

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) disarankan supaya belajar daripada kesilapan yang berlaku sepanjang tahun ini dan mengelaknya berulang lagi di musim hadapan.

Saranan itu dilontarkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Cadangan itu dibuat untuk membantu dalam usaha meningkatkan mutu permainan bola sepak negara supaya mencapai taraf profesional.

“Cara terbaik ialah FAM perlu belajar daripada kesilapan tersebut dan kemudian mendapatkan idea bagaimana mahu perbaiki (mutu permainan). (Apa yang menjadi) perkara penting ialah jangan angkuh dan bodoh sombong, (FAM) mesti ada telinga, mesti belajar dan terima suara-suara peminat bola sepak negara ini.

“Bagi saya, kenyataan FAM yang kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berdendam, tidak wajar kerana beliau adalah menteri (portfolio sukan) yang muda dan mempunyai visi. Saya melihat beliau menjalankan tanggungjawabnya. Yang mana tidak betul, dia tegur, sama ada dalam sistem jualan tiket, mahupun (yang berkaitan dengan) tahap keselamatan.

“Perkara ini sepatutnya dilakukan FAM sejak lima (atau) enam tahun lalu. Bila ada teguran, baru hendak bertindak satu persatu,” katanya pada sidang media di Istana Bukit Pelangi, di sini, semalam.

Tunku Ismail turut menawarkan diri membantu badan itu untuk melantik pengadil profesional dari luar.

“Saya rasa antara perkara yang boleh diperbaiki ialah (dari segi) mutu pengadilan dan saya boleh membantu untuk mendapatkan khidmat pengadil profesional.

“Niat saya sekadar membantu, tiada niat lain untuk campur tangan agar tahap bola sepak negara berada di kedudukan yang profesional. Jika bajet tidak cukup, kita mulakan dengan pelantikan 50 pengadil,” katanya.

Beliau turut mengumumkan pembakaran suar ditegah dalam stadium dan PBNJ akan mendidik penyokong untuk mematuhi peraturan itu.

“Saya akan mendidik peminat bola sepak negeri ini untuk tidak membakar suar. Kita mahu penyokong negeri ini menjadi contoh, di mana kita ambil tindakan yang patut bukan sahaja melahirkan persatuan yang profesional, (tetapi) ia termasuk dalam kalangan penyokong.

“Kita akan tingkatkan mutu keselamatan di stadium di negeri ini dan ia menerima respons baik daripada polis dan kita akan tempatkan pengimbas alatan metal serta pengawasan lebih ramai anggota beruniform ketika perlawanan,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 01:14 PM | Show all posts
setuju jika tampuk kepimpinan FAM dikaji dan dorombak balik..mcm xde perkembangan je bolasepak negara kita...pelan pembangunan bola masih ditahap yang lemah jika nk banding dgn negara2 lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2013 03:45 AM | Show all posts
bayangan tuhan pun perlu berubah gak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 08:50 AM | Show all posts
Well said TMJ! Teruskan usaha untuk memajukan mutu bola sepak negara
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:24 PM | Show all posts
Tengku ,apa kata Tengku tawarkan menentang DYMM Sultan Pahang pada pemilihan akan datang..Kami semua sokong sebab Tengku terbuka pada idea baru dan sanggup habiskan wang untuk mendapatkan pemain dan jurulatih yang terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 10:55 AM | Show all posts
goodlah...TMJ ni pun ada visi...football is something yg buat org unite..tak kira bangsa...now bila tgk performance bola mesia cam geram je...tiap2 tahun rasa geram...about time to have real change with open mind..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053753 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list