CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: honey_bee

AYAH CURANG update page #217

[Copy link]
Post time 24-9-2019 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sagwa replied at 22-9-2019 03:58 PM
Hai.
Saya juga mengalami nasib yang sama.
Bapa saya kerap keluar negeri and bila kami siasat rupan ...

Semoga sagwa tabah.. banyak2kan berdoa tanpa putus asa agar dia berubah. Tak pandai nak cakap apa... huhu Sagwa nak cerita lagi, ceritalah kalau dapat lepaskan rasa hati tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2019 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih akak baca kisah tt dan beberapa forumer lain.. Dugaan sungguh.. Tapi kisah adik mommy memang lawak!
Alhamdulillah skrg mak tt makin happy walau berkerusi roda sekalipun.. Bagi seorang ibu, anak2 la pasak kekuatan  dia.. Untung kalian tiga beradik dapat membahagiakan dan menjaga mak dgn sebaik mungkin.
Moga kalian terus bahagia bersama dan Mak tt diberikan kesihatan yg baik olehNya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2020 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh 7 thn cerita ni
Ada jg heappy ending dlm hidup n..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2023 12:39 PM | Show all posts

AYAH CURANG update page #244

Edited by honey_bee at 5-1-2024 06:18 PM

Assalamualaikum..Ibunda tercinta saya telah berpulang ke penciptanya genap umur beliau 60 pada Jun 2023.. Hingga ke akhir hayatnya ibu saya memilih untuk tidak mahu mengambil tahu apa-apa mengenai isteri baru ayah, meredhakan segalanya dan menyimpan segala kesedihan diri sedalam-dalamnya. Mungkin dengan cara itu hati ibu lebih tenang. Ibu pesakit akhir stage 5 (buah pinggang), telah menjalani dialisis selama 8 bulan dan akhirnya ibu disahkan tiada harapan untuk sembuh dan keluarga diberi pilihan oleh doktor sama ada untuk ibu menghabiskan sisa akhir hidupnya sama ada di hospital atau dirumah (under Palliative care). Kami memilih membawa ibu pulang dan doktor menjangkakan ibu mungkin akan hidup sekurang-kurangnya 7 hari selepas dibawa pulang.. Namun syukur perancangan Allah itu lebih hebat ibu sempat berhari raya untuk kali terakhir dan untuk kali pertama setelah 10 tahun.. hari raya 2023 adalah yang sangat bermakna kerana ibu dapat berhari raya bersama ayah tanpa melihat waktu 100% fokus ayah ke ibu..Syukur ibu dapat bersama keluarga lebih kurang 2 bulan..

Jujur hati masih belum boleh menerima ketiadaan ibu,, rasa kosong tiada tempat bergantung dan tempat meluah. Kami adik beradik merasakan walaupun ayah masih ada.. tapi kami merasa kehilangan kedua ibu bapa kami..ye lah ayah dah ada family baru kan..

Selepas 2 minggu ibu dijemput ilahi, saya melahirkan anak kedua. Allah saja yang tahu perasaan saya..saya disahkan mengalami postpartum depression dan telah mendapatkan rawatan. Ketika ibu dihospital saya sarat mengandung dan saya sangat2 komited ke hospital setiap hari walaupun hari bekerja, saya takut saya terlepas momen2 dgn ibu..

Selepas ketiadaan ibu.. ayah masih setia ke kubur setiap hari dan mengenang segala kesilapan dan pahit manis kehidupan bersama ibu. Kami selalu cakap Ayah tak sesakit kami... tapi ayah cakap "ibu lain, takde ganti.. ayah dah hidup dgn ibu lama.. lain betul rasa bila ibu dah takde, dia isteri yg baik.. isteri yg sabar.. ayah doakan ibu masuk syurga tanpa dihisab.."

Sekarang pantang tersenggol kisah ibu, kenangan ibu, lagu, makanan, kedai makan, warna atau apa2 kesukaan ibu.. ayah pasti menangis.. Baru kali ini kami rasa yang ayah sayang ibu..

tapi... ibu dah tiada...dah tiada guna..

Hargailah bila ada..

Semoga syurga buat ibu..Allah akan balas segala kepahitan ibu.. Alfatihah... kami sayang ibu..

Kisah ini berakhir disini dan tidak akan ada sambungan selepas ini...

Terima Kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi kami sekeluarga nasihat serta kata-kata semangat dari awal kisah ini dipostkan sehingga sekarang.. Allah saja dapat membalasnya..

-----END------

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:17 PM | Show all posts
Semoga ibu TT dimasukkan ke syurga tanpa hisab di atas kesabarannya. Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 12:27 PM | Show all posts
Allahu, sedih baca cerita TT. Takziah atas pemergian ibu tercinta. menitik jugaklah air mata jantan aku..
Buat pengajaran untuk bapak dan jugak anak yang masih ada ibu yang macam aku ..

Rancangan Allah itu maha hebat, Ibu TT pergi dulu dengan penuh keredhaan suami dan aku pasti yang bapak TT akan terusan mendoakan kesejahteraan ibu TT bila terkenang salah silap dia pada arwah ibu TT. InsyaAllah memang syurga tempat Ibu.

Hopefully korang adik beradik, especially yang pompuan kekal kuat dan peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2024 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
honey_bee replied at 29-11-2023 12:39 PM
Assalamualaikum..Ibunda tercinta saya telah berpulang ke penciptanya genap umur beliau 60 pada Jun 2 ...

Salam takziah tt.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 01:50 PM | Show all posts
tumpang simpati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 02:07 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak curang !
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
honey_bee replied at 29-11-2023 12:39 PM
Assalamualaikum..Ibunda tercinta saya telah berpulang ke penciptanya genap umur beliau 60 pada Jun 2 ...

Salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 1.033074 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list