View: 1832|Reply: 0
|
Kehilangan dua tonggak penyebab kekalahan
[Copy link]
|
|
Fadli (kiri) beraksi cemerlang sebelum dikeluarkan pada pertengahan babak kedua kerana mengalami kecederaan.
JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan menganggap kehilangan Amiridzwan Taj Tajudin yang digantung perlawanan serta Irwan Fadli Idrus yang terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan memberi kesan kepada benteng pertahanan pasukannya sehingga menjadi punca kekalahan 1-2 kepada Kelantan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, kelmarin.
Sathianathan berkata, kecederaan yang menimpa pemain pertahanan, Irwan pada pertengahan babak kedua serta ketumpulan jentera serangan telah membuka peluang kepada Kelantan untuk menjaringkan gol kemenangan.
“Saya sangat terasa ketiadaan dua tonggak itu (Amiridzwan dan Irwan). Pada mulanya kita bermula dengan baik dengan melakukan asakan bertubi-tubi. Kita juga mempunyai banyak peluang melalui Fitri Omar, Marlon dan juga Hai-O tapi semuanya gagal disudahkan dengan baik.
"Malah corak permainan pemain terutama di bahagian pertahanan semakin buruk setelah Irwan dikeluarkan.
Kelemahan itu nyata dimanfaatkan pemain Kelantan dan akhirnya mereka berjaya membolosi gawang ATM untuk gol kedua.
"Jelas gol kedua itu menyentap semangat pemain di mana ia memberi tekanan kepada ATM yang sekurang kurangnya mahu keputusan seri di Stadium Selayang.
"Bagaimanapun secara keseluruhan kami menampilkan aksi terbaik dan saya yakin kami akan bangkit di Kota Bharu,” kata Sathianathan.
http://www.sinarharian.com.my/sukan/kehilangan-dua-tonggak-penyebab-kekalahan-1.212869
|
|
|
|
|
|
|
| |
|