CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1630|Reply: 0

Percubaan pertama Gaga

[Copy link]
Post time 14-10-2013 11:37 AM | Show all posts |Read mode
BERITA baik bagi peminat Lady Gaga kerana pelantun Applause itu bakal muncul sulung sebagai pelakon menerusi filem aksi, Machete Kills.

Penyanyi berusia 26 tahun itu mengesahkan pembabitannya dalam filem tersebut melalui laman sosial Twitter miliknya dan akan membawa watak bernama La Chameleon.

“Ya benar. Saya akan buat kemunculan pertama sebagai pelakon menerusi filem Machete Kills. Saya sangat teruja! berlakon filem adalah perkara yang gila!” katanya pada entri Twitter tersebut.

Malah, baru-baru ini, Gaga turut mengejutkan orang ramai dengan penampilan seksinya pada poster filem itu  dengan mengenakan baju ala-ala Marilyn Monroe sambil memegang pistol berasap.

Filem arahan Robert Rodriguez itu adalah sekuel kepada filem Machete yang ditayangkan tiga tahun lalu dan turut dibarisi pelakon Mel Gibson, Sofia Vergara, Amber Heard, Jessica Alba, Michele Rodriguez dan Vanessa Hudgens.

Bakal ditayangkan pada 17 Oktober ini, Machete Kills mengisahkan seorang ejen Machete yang direkrut oleh Presiden Amerika bagi menjayakan satu misi mustahil.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.050024 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list