View: 38491|Reply: 8
|
10 Punca Enjin Jadi Panas
[Copy link]
|
|
Apabila anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Antara puncanya ialah:
- Kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas
- Paip radiator tersumbat
- Kekotoran pada sirip radiator
- Kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk
- Sistem penyalaan kurang tepat
- Kerosakan pada sistem saluran petrol
- Ekzos tersumbat
- Masalah cekam
- Brek bergesel
- Dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.
- Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.
Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu.
Langkah Pertama:
Tanpa mematikan enjin kereta, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Selepas itu, periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.
Langkah Kedua:
Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.
Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.
Langkah Ketiga:
Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.
Langkah Keempat:
Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan. Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.
Untuk memeriksa radiator, anda boleh ikuti langkah ini:
Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.
Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan. Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.
Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti. Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.
Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air. Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.
Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu. Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.
Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas. Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas.
Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah berlaku kat aku.. huhuhu, mula-mula hos radiotor yang besar yang belah atas bocor.. tak lama lepas tu, hos radiator yang besar yg belah bawah plak bocor.. tukar... baru2 ni, hos yg kecik plak... last-last aku tukar semua hos yg kecik2 tu... hehehe utk mengelak berlaku kebocoran semasa perjalanan jauh... |
|
|
|
|
|
|
|
orgkpg posted on 16-10-2013 12:39 PM
pernah berlaku kat aku.. huhuhu, mula-mula hos radiotor yang besar yang belah atas bocor.. tak lama ...
biasanya kalu 1 dah bocor maknanya hos2 yang lain pun dah expired.. heheh... tindakan yg baik utk tukar semua
|
|
|
|
|
|
|
|
berapa kos utk tukar semua2 tu..?? |
|
|
|
|
|
|
|
berapa kos utk tukar semua2 tu..?? |
|
|
|
|
|
|
|
orgkpg posted on 16-10-2013 12:39 PM
pernah berlaku kat aku.. huhuhu, mula-mula hos radiotor yang besar yang belah atas bocor.. tak lama ...
berapa kos utk tukar semua2 tu..?? |
|
|
|
|
|
|
|
|
berun posted on 28-10-2013 04:31 PM
seingat aku, kalau hos yang besar dua bijik dalam rm 70, termasuk upah, dan hos2 yang kecik tu dalam 70 - 80 ... lebih kurang RM150 gitu.. itu utk keta iswara sedan la.. tak tahu la plak model lain.. kalau saya tukar sekali sajer maybe murah sikit lagi.. hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
penah kene gak, getah hose tuh dah keras so dia crack kecik
so air xnampak pon mnitis
sebab dia pns sgt kua wap air je
lame gak aku carik punca last2 tuka semua hose2
terus setel hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya kalau temp enjin naik dan radiator atau host nya pecah dlm perjalanan dan tiada bengkel berhampiran. Kita boleh mendapatkan seberapa byk air disekitar tu. Isi air penuh ke dalam radiator. Jalan dlm speed 40-50kmj. Bila temp naik lagi. Berhenti dan isi air lagi. Ulang gitu sampai korang sampai bengkel atau rumah. Tapi mmg jalan dlm 5km kena topup air. Kalau sorang naye lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|