View: 2545|Reply: 6
|
Rani Mukherjee hampir pengsan
[Copy link]
|
|
Bollywood.com melaporkan pelakon Kuch Kuch Hota Hai, Rani Mukherjee sangat beremosi ketika memberi ucapan dalam upacara mengenang pemergian pengarah filem veteran, Yash Chopra.
Ketika aktor popular, Shah Rukh Khan memintanya menyampaikan ucapan, dia berkata dia menyesal kerana tidak sempat membuat kek untuk ‘Pak Cik Yash’di hari ulang tahunnya.
“Pak Cik Yash, saya sangat rindu akan kamu. Maafkan saya kerana tidak sempat membuat kek tahun lalu disebabkan saya sangat sibuk dengan pelbagai komitmen. Saya rindu kamu dan kami semua sayang kamu,” katanya yang hampir pengsan ketika menyampaikan ucapannya itu.
Yash Chopra, adalah antara tokoh besar perfileman India menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun kerana mengalami komplikasi denggi yang berpanjangan dan juga kegagalan organ dalaman yang tidak berfungsi.
Antara filem arahannya yang terkenal ialah Deewar, Dil To Pagal Hai, Chandni dan filem terakhirnya ialah Jab Tak Hai Jaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
eh bru taw yash chopra dh mati, legend tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
woahhhhh smpai nk pengsan |
|
|
|
|
|
|
|
klau dia x blakon kt filem yash chopra ni, dia takkan terkenal dek kuch kuch hota hai.... |
|
|
|
|
|
|
|
pasni kurangla filem bollywood yg boleh buat penonton melelehkan airmata mereka...
haii...saya org baru dlm cari forum ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|