|
Episod 20
Aku jawab panggilan telefon daripada Zahra. Menanyakan pengesahan itu ini. Secara tidak langsung dia menjadi PA aku sejak kebelakangan ini.
Tak lama pun aku bergayut dengan Zahra. Kami sama-sama sibuk hari ni. Aku nak selesaikan urusan persalinan dan arahkan dia pergi ambil kad jemputan yang baru saja siap dicetak. Cepatnyalah masa berlalu. Tup tup aku dah nak bertunang! Ah seronoknya nak kahwin!
Dari jauh aku dah nampak Marwan yang sedang berjalan mendapatkanku. Dah 10minit aku menunggu, tinggal 10 minit lagi masa untuk bersabar. Dia tahu sangat aku tak suka menunggu, kalau lama sangat memang aku berlalu saja. Aku tarik muka. Marwan sengih memanjang. Hensem! Dia ajak aku untuk pilih-pilih cincin petang ni. Aku sukaaa...
Aku sebenarnya tak tahu kenapa, mengapa perhubungan kami begitu dipermudahkan. Apa silap mata yang Marwan buat kepada ibubapanya pun aku tak tahulah. Katanya rahsia! Dah puas aku tanya tapi katanya lepas kahwin baru bagitahu. Aku paksa diri untuk akur sahaja. Marwan kata, ‘saya yang nak kahwin, sayalah yang pilih!’ Sesenang itu je...?
Aku tengok Marwan makin sihat kebelakangan ini. Tiada lagi wajah serius, yang ada hanyalah gelak tawanya yang mengindahkan hubungan kami. Katanya kerana aku ada untuknya. Aku senyum je, sebenarnya kerana begitulah takdir Allah buat kami. Aku bersyukur sangat. Segala doaku selama ini membuahkan hasilnya.
Aku sendiri makin tenang menjalani kehidupan kini. Tiada lagi adegan mengintai-intai si jejaka lagi. Tak payah intai lagi dah, dia sendiri yang datang sua muka. Katanya, dia tahu sangat aku selalu cari peluang untuk tengok dia dulu-dulu. Ceh, memalukan!
Majlis pertunangan kami insyaAllah akan berlangsung dua minggu dari sekarang. Walaupun aku dipihak perempuan, sebenarnya majlisku diatur oleh bakal ibu mertuaku. Siap ada kad undangan tu untuk 100 orang tetamu. Aku akur lagi diatas nasihat Marwan. Sebenarnya aku langsung tidak bersetuju, namun pujuk rayu si dia tersayang yang mahu aku patuh sahaja kehendak ibunya membuatkan aku mengalah juga akhirnya. Kata Marwan, tak rugi satu sen pun kalau ikut kata orang tua selagi tidak melanggar batas syariat.
Hampir setahun juga perkenalan aku dan Marwan yang akhirnya bakal membawa kami kealam pertunangan. Aku terkenang-kenang bagaimana titik mula perkenalan kami, tiada satupun yang romantik! Hubungan kami sedan-sedan saja. Marwan kata, oklah tu. Aku pun rasa yang sama, tak perlu nak melebih-lebih sangat. Setiap detik itu ada memorinya yang tersendiri.
Paling penting, mudah-mudahan perhubungan ini akan diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. Allah telah merancang yang terbaik buat kami. Siapa tahu jodoh kitakan? Nasib baik jodohku tidak lagi bertongkat! Kalau dulu rasa nak cepat-cepat kahwin pasal nak tolong pimpin-pimpin tangannya, tapi sekarang rasa nak sangat kahwin cepat pasal nak rasa dukungannya. Gatal jugak anak dara sorang ni ya!
Akan kutunggu saat itu dengan sebuah impian dan harapan yang mendamaikan.
TAMAT
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 31-10-2013 11:14 PM
Novel pendek boleh?
Tak tahulah kategori mana satu...
okay... layan jer
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 31-10-2013 11:20 PM
Terima kasih kepada semua yang sudi komen dan jenguk kt sini...
mcm tu jer?
x der konflik pon...
tup2 dapat tunang
|
|
|
|
|
|
|
|
kira jodoh diaorg senan je...
ada je kan couple yg mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih TT buat kami tidak menunggu terlalu lama
untuk menanti setiap n3 baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak jenguk sini....
Jenguk-jenguk tau tau dah habes...
Nice and simple. Thanks Sari |
|
|
|
|
|
|
|
qimi08 posted on 1-11-2013 01:24 PM
Terima kasih TT buat kami tidak menunggu terlalu lama
untuk menanti setiap n3 baru....
Nsib baik pendek je...
thanks qimi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya amponnn
Thanks is dtg jengok...skli jengok je zappp siap!
Jumpa next next next time...next year kot! |
|
|
|
|
|
|
|
parking jap.. ep 9.. nnti sambung.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|