CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2056|Reply: 0

Justin Timberlake terus tempa nama

[Copy link]
Post time 22-9-2013 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Sebenarnya tiada siapa pernah menyangka jejaka kacak, Justin Timberlake mempunyai bakat besar dalam dunia lakonan sehingga ramai meramalkan Timberlake mampu menjadi seorang aktor ternama pada hari ini.
       
        Semuanya bermula dengan watak kecil sekitar awal 2000, di mana Timberlake perlahan-lahan mencuba nasibnya dalam bidang lakonan selepas mencipta nama sebagai seorang penyanyi dan komposer.
       
        Bermula dengan filem The Love Guru (2008), Timberlake, tidak lagi menoleh ke belakang apabila dia semakin rancak menerima tawaran.
       
        Selain The Open Road, The Social Network, Bad Teacher, Friends With Benefits, In Time, aktor kelahiran  Memphis, Amerika Syarikat, ini juga terlibat dalam filem animasi terkenal, Shrek.
  •                                                                             
  • Justin Timberlake


       
        Hasil lakonannya juga tidak boleh dipandang enteng setelah dia berjaya meraih anugerah Pelakon Komedi Lelaki Terbaik dalam Teen Choice Awards - Choice Movie 2011, menerusi filem Bad Teacher, selain dua lagi anugerah Emmy menerusi Saturday Night Live.
       
        Bakatnya juga semakin menyerlah setelah membintangi filem, In Time, di samping aktres serta model jelita, Amanda Seyfried.
       
        Sedikit mengenai filem ini, In Time merupakan filem sains fiksyen yang mengisahkan kehidupan manusia di masa depan.
       
        Di zaman itu, jangka hayat manusia hanya 25 tahun dan sekiranya mereka ingin hidup lebih masa, mereka terpaksa meminjam atau mencurinya daripada orang lain.
       
        Diberi peranan sebagai watak utama, lakonan Timberlake  ternyata mendapat pujian ramai peminatnya. Walaupun bukannya pelakon kelas A di Hollywood, namun dia tetap berusaha untuk memastikan lakonannya berkesan di hati penonton.
       
       
        Jadi kaki judi
       
        Apa yang pasti, hampir di penghujung bulan ini, peminat filem Hollywood akan dapat menyaksikan lakonan hebat Timberlake menerusi filem terbarunya Runner Runner yang bakal ditayangkan di pawagam  pada 26 September.
       
        Menerusi filemnya kali ini, Timberlake membawa watak sebagai kaki judi bernama Richie Furst. Dia yang masih menuntut di universiti terkenal, bagaimanapun berdepan dengan masalah kewangan selepas bertemu dengan ahli perniagaan Ivan Block lakonan aktor terkenal, Ben Affleck.
       
        Furts merasa dirinya tertipu dengan permainan Block yang hanya menjerat dirinya ke arah masalah kewangan yang lebih kritikal.
       
        "Saya sangat sukakan watak saya dalam filem ini dan ia benar-benar menyeronokkan.
       
        "Saya juga sangat bertuah kerana dapat berlakon dengan Ben. Penampilannya dalam filem ini memberi inspirasi kepada saya untuk membawa watak dengan lebih berkesan," katanya.
       
        Selain Timberlake dan Affleck, filem arahan Brad Furman ini, turut dibintangi Gemma Arterton, Anthony Mackie, David Contabile, Sam Palladio dan Oliver Cooper.
       
        Bukan hanya muncul dalam satu karya, satu lagi filem lakonan Timberlake, Inside Llewyn Davis, yang menjalani penggambaran sejak 2011, juga bakal ditayangkan di pawagam tahun ini.  
       
        Berbeza dengan filem-filem sebelumnya, kali ini menerusi Inside Llewyn Davis, menyaksikan Timberlake membawa watak sebagai seorang pemuzik yang memperjuangkan irama folk. Mengambil inspirasi kisah hidup seorang penyanyi irama folk, Dave Van Ronk, yang cukup terkenal di era 60-an, filem ini pastinya lebih dekat untuk dijiwai Timberlake yang sememangnya mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian.
       
        Ketika bersama kumpulan N'Sync dulu.  Malah menurut laporan media Hollywood, Inside Llewyn Davis, mampu membawa lakonan Timberlake ke tahap yang lebih membanggakan.
       
       
        RUNNER RUNNER
       
        PENGARAH: Brad Furman
        PELAKON: Justin Timberlake, Ben Affleck, Gemma Arterton, Anthony Mackie, David Contabile, Sam Palladio, Oliver Cooper.
        GENRE: Aksi/Drama
        Tarikh Tayangan: 26 September 2013
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050188 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list