|
PASUKAN England mampu menyerlah pada penampilan sulung Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor edisi ketiga yang bakal diadakan di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru bermula Ahad ini.
Pengurus pasukan, Steve Floyd percaya penyertaan dalam kempen itu sebagai persediaan awal sebelum menghadapi cabaran Piala Dunia Remaja di India akhir tahun ini.
Katanya, anak didiknya berada satu kumpulan bersama Pakistan, Malaysia dan Afrika Selatan pada saingan yang bermula pada 6 hingga 15 Disember 2013.
"Kami pernah bertemu Malaysia tahun lalu dan terbaru, bulan lepas. Permainan mereka meningkat dan kami tidak boleh ambil enteng keupayaan pemain Malaysia.
"Semua pasukan harus waspada dengan mereka," katanya.
England bakal diperkuat tonggak senior, Phil Roper, Andy Bull dan Ross Gilham Ross sepanjang kempen Piala Sultan Johor.
|
|