CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4303|Reply: 18

Miley Cyrus ghairah cipta kontroversi

[Copy link]
Post time 16-9-2013 11:42 AM | Show all posts |Read mode
JIKA sebelum ini, dia berjaya mengekalkan imej bersih dan menjadi idola kanak-kanak, namun kini tidak lagi.

Bukan sahaja tampil dengan imej baru berambut pendek, malah beberapa kontroversi lain turut tercetus setelah bintang Hannah Montana ini dikatakan patah hati dengan kecurangan tunangnya, Liam Hemsworth.

Semakin berani menggayakan pakaian seksi, Miley Cyrus, dikecam peminat gara-gara penampilan beraninya di pentas Anugerah Muzik Video MTV.

Selain berpakaian seksi, Cyrus juga turut beraksi lucah dengan penyanyi duetnya, Robin Thicke, ketika menyampaikan lagu Thicke, Blurred Lines.


Miley Cyrus, Liam Hemsworth

Bersedia menerima kritikan dan cemuhan peminat, pemilik nama sebenar, Destiny Hope Cyrus, 20, tidak cepat melatah, malah dia turut mengakui perubahan itu tiada kaitan dengan hubungannya yang kecundang.

"Ini adalah diri saya yang sebenar. Apatah lagi, saya bukan lagi di usia 16 atau 18 tahun. Saya mahu peminat melihat sisi lain saya.

"Saya tak peduli dengan apa-apa kritikan yang bakal muncul kerana saya sudah bersedia dengan semua itu.

"Saya tidak percaya, perkara sebegini boleh membunuh peminat yang selama ini menyokong, begitu juga dengan imej Hannah Montana yang selama ini sinonim dengan saya," katanya.

Akui Cyrus lagi, dia tahu ramai di kalangan peminat kurang berkenan dengan imej rambut pendek yang digayakannya itu.

"Imej ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja kerana saya hanya ingin mencuba sesuatu yang belum pernah saya buat.

"Setiap malam saya tertanya-tanya, bila rambut saya akan panjang semula, malah saya juga turut mengambil vitamin dan suplemen untuk memastikan rambut saya cepat tumbuh dan panjang.

"Sejujurnya, ia tiada kena mengena dengan soal peribadi. Saya tidak sangka, imej ini mendatangkan mimpi ngeri buat saya,” kata pelantun lagu, The Climb ini.
Berbogel dalam video?

Tidak terhenti di situ sahaja, Cyrus kembali menghangatkan atmosfera hiburan ekoran tindakannya yang berbogel menerusi muzik video terbarunya, Wrecking Ball.

Video yang baru sahaja dimuat naik di laman, YouTube ini mendapat kritikan hebat, malah ramai menganggap bintang ini seakan terdesak mahu membuang imej gadis baik di zaman Hannah Montana.

"Di sana sini, orang memperkatakan mengenai saya. Jadi, ia membuatkan saya semakin lali. Di usia 20 tahun, saya ingin mencuba itu dan ini. Jadi, ini adalah percubaan saya dan saya terima semua kritikan yang dilemparkan.

"Saya tidak kisah apa yang orang kata mengenai saya, malah ia adalah satu pengalaman baru bagi saya dalam mengenal kehidupan di usia ini.

"Saya turut berterima kasih kepada yang membenci kerana tetap menonton video saya di YouTube," katanya yang dikatakan turut terlibat dalam pengambilan dadah dan ganja.

Walaupun mendapat banyak kritikan, video yang dimuat naik pada Isnin lalu, meraih lebih daripada 38 juta tontonan.

Malah, video yang berdurasi 3.42 minit itu dikatakan adalah luahan Cyrus mengenai hubungannya bersama Hemsworth.

Pun begitu, hubungannya bersama tunang masih menjadi tanda tanya. Menurut laporan portal antarabangsa, Hemsworth telah memutuskan hubungan itu kerana tidak tahan dengan sikap Cyrus yang 'gila-gila', dan gemar berparti liar.

Namun, sehingga ke hari ini, masih tiada kata putus mengenai hubungannya itu. Baik Hemsworth mahupun Cyrus, masing-masing memilih untuk berdiam diri tanpa memberikan sebarang penjelasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 10:01 AM | Show all posts
yelah....muda kn sekali je cik miley...kite enjoy!!!! tehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 12:08 PM | Show all posts
ni sume salah Liam
tetibe
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 01:02 PM | Show all posts
cari lain... ramai lagi pompuan lam doniya nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 02:59 PM | Show all posts
iools rasa perubahan imej yg mendatangkan kebaikan tuk die..

just gigi depan yg die alter die tu je...

yang lain......hazabbbbbbbbb...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 03:03 PM | Show all posts
td dgr brita ckp da cnfirm clash..
die ni trdesak sgt la..
mcm nak tiru pink jee..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 04:07 PM | Show all posts
td vc wrecking ball tu mmg sangatlah tahpape..burok beno..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:19 PM | Show all posts
im coming like a wrecking ball!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2013 12:46 PM | Show all posts
yeahhhh~ wrecking ball
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 06:27 PM | Show all posts
missyqaldina posted on 17-9-2013 03:03 PM
td dgr brita ckp da cnfirm clash..
die ni trdesak sgt la..
mcm nak tiru pink jee..

pink xmcm ni la
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:27 PM | Show all posts
Makin lama makin Nampak busuk si Miley neh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 11:38 PM | Show all posts
Nick Jonas ko nangis2 nyanyi lagu wedding bell, sekarang ni miley dah solo ko nak ka tidak ni? Kang org lain lagi sambar kluar lagi lagu sedih ko.. to Liam kau lelaki tak guna tak guna tak guna (miley nyanyi ala yuna boleh?)
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 12:03 PM | Show all posts
lainkali nyanyi lagu ombak rindu miley..mcm syila hamzah tu...nak bogel buat apa..bapak dia tak ckp apa ka...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 03:14 PM | Show all posts
punca dia putus tunang bkn sebab video tu. Tapi sbb Liam curang!
Diorang da ada krisis before vdeo tu kluar lg.
Vdeo tu mmng luahan hati Miley pon  
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 06:53 PM | Show all posts
another Disney's victim...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
She sell her soul to satan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
bogel la cmne pn dlm wrecking balls tu  xde efek ape pn kalau body mcm papan plywood aje.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 02:26 PM | Show all posts
kesian sebenarnya dgn miley ni. sama je mcm britney spears.

by d way, lagu wrecking ball tu mmg best. video je censored. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 05:21 PM | Show all posts
put3reen posted on 18-9-2013 06:27 PM
pink xmcm ni la

pink tak sewel mcm miley ni...

i suka pink tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.071744 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list