View: 2813|Reply: 7
|
Douglas, Zeta-Jones berpisah selepas 13 tahun
[Copy link]
|
|
takziah. ada terbaca ntah kat mana, lepas laki dia kena cancer, zeta-jones ni mengalami depression ke sth about mental illness, tp rs mcm dah pulih. dah masing2 sakit, it strains the relationship. yg aku ingat they both share the same birthday date, sept berapa tah.
Doughlas, Zeta-Jones berpisah selepas 13 tahun
PASANGAN terkenal Hollywood, Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones akhirnya berpisah selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.
NEW YORK 29 Ogos - Aktor Michael Douglas dan isterinya, aktres Catherine Zeta-Jones dilaporkan berpisah selepas hampir 13 tahun berkahwin.
Majalah People melaporkan, pasangan itu sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu selepas dikesan masing-masing sering menghadiri acara karpet merah secara bersendirian.
"Douglas dan Zeta-Jones inginkan sedikit ruang dan masa dalam hubungan mereka," menurut sumber yang dipetik oleh People.
Pasangan itu bagaimanapun, belum memfailkan tuntutan cerai secara rasmi. - REUTERS
|
|
|
|
|
|
|
|
Now that's wot I call a bleddy waste of 13 years with a leathery prune +___+ |
|
|
|
|
|
|
|
Eheheh ala bercerai plak:-).dah la kawin sama dgn date beshday den :-) |
|
|
|
|
|
|
|
Bawak berbincang dulu lar... |
|
|
|
|
|
|
|
Douglas, Zeta Jones belum cerai
MICHAEL DOUGLAS dan Catherine Zeta-Jones sudah berkahwin selama 13 tahun.
SEJAK akhir Ogos lalu, kisah rumah tangga aktor legenda, Michael Douglas dengan aktres Catherine Zeta-Jones dikatakan telah musnah.
Media Hollywood melaporkan, perkahwinan yang sudah berusia 13 tahun itu telah hancur dengan penceraian.
Selepas mendiamkan diri dan melihat pelbagai spekulasi keluar, aktor tersebut akhirnya buka mulut.
Douglas menafikan yang dia dan Zeta-Jones telah bercerai, malah tidak mempunyai krisis keluarga dengan aktres berkenaan seperti yang didakwa.
"Saya mengalami krisis rumah tangga? Mana ada. Saya dan isteri tak ada masalah. Saya rasa, media yang sedang punya krisis," ujar aktor tersebut.
Dia bagaimanapun mengakui sedang berpisah sementara waktu dengan Zeta-Jones.
"Saya dan isteri memang sedang berpisah tetapi ia hanya bersifat sementara. Pihak media yang telah mensensasikannya," ujarnya.
Sementara itu, paparazi telah merakam sekeping gambar Zeta- Jones yang terkini.
Dia dilihat cukup muram, namun sesuatu yang menarik, aktres tersebut masih menyarung cincin perkahwinannya dengan Douglas. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa kot berpisah sementara. nanti bila dah beberapa lama tak jumpa, mesti rindu tu membuak-buak balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-9-2013 05:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tapi kalau retis, selalunya gossip2 ni jadi betul. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. harap2 tak cerai bebetul.. syg dah 13 tahun... |
|
|
|
|
|
|
| |
|