CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3543|Reply: 13

‘Mama...Adam datang tengok mama’

 Close [Copy link]
Post time 25-8-2013 10:34 PM | Show all posts |Read mode
‘Mama...Adam datang tengok mama’

Font: [ BB B M S ]

•Nasional •Nasional •2013-08-24 07:16 •Click: 28 •Disediakan oleh Berita Harian
Alor Gajah: "Mama... Adam datang tengok mama,” ayat yang diulang setiap hari oleh seorang anak kecil berusia lima tahun yang melawat pusara ibunya setiap hari sejak lapan bulan lalu, lazimnya selepas jam 6 petang.

Adam Noramsar Syahrizal sama seperti kanak-kanak lain seusianya, sangat gemar bermain tetapi sebaik senja dia akan pulang ke rumah meninggalkan rakan untuk ke pusara ibunya kira-kira 500 meter dari kediaman neneknya di Taman Sebang Gemilang, Pulau Sebang, bagi melepaskan rindu. Anak yatim piatu ini kehilangan ibunya, Norzalina Ismail, 31, yang meninggal dunia pada awal Januari lalu, akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Empat tahun sebelum itu, Adam Noramsar kehilangan ayahnya, Syahrizal Ibrahim, 29. Ketika ditemui di kediamannya semalam, neneknya, Kamariah Haroon, 55, berkata setiap hari Adam Noramsar akan ke pusara ibunya dan sanggup meninggalkan rakan sebayanya walaupun sedang bermain di taman permainan.


“Sebaik senja, dia akan terus pulang ke rumah dan memberitahu kami, jam sudah 6 petang dan dia ingin ke kubur melawat ibunya. “Setiap hari, Adam akan melafazkan ayat dan patah perkataan yang sama dengan tujuan inginkan saya dan anak makcik, Mohd Amirul Helmi, 13, menemaninya ke kubur ibunya yang letaknya hanya kira-kira 500 meter dari rumah.” Lafaz tulus meruntun hati “Lafaz tulus dari hatinya itu meruntun hati kami.

Dia kehilangan kasih sayang ibu bapa ketika dahagakan kasih sayang mereka. “Setiap hari apabila sampai di pusara ibunya, Adam akan berkata mama... Adam datang tengok mama, tengok,” katanya dan selepas berdoa serta mengusap batu nisan ibunya, Adam Noramsar akan mengajak mereka pulang sambil merenung pusara ibunya itu. “Apa yang membuat kami lebih terharu, ketika Aidilfitri baru-baru ini, Adam ke kubur ibunya... berpakaian baju Melayu warna merah seperti diimpikan arwah ibunya ketika masih hidup. Arwah ingin melihat Adam segak berbaju Melayu,” katanya.

Kamariah berkata, bagi membesarkan Adam Noramsar dan Mohd Amirul Helmi, dia hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah, bernilai RM230 selain dibantu dua anak yang bekerja.





....sedih pulak baca cerita mcm ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2013 10:52 PM | Show all posts
sedihnya.. semoga adam menjadi anak soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 10:58 PM | Show all posts
Noor mesti tgh boring bebenor Last edited by cmf_blingblings on 25-8-2013 11:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 11:19 PM | Show all posts
sedeynyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 11:22 PM | Show all posts
Hargailah ibu bapa anda ketika mereka masih hidup. Call/Whatsapp mereka skang bertanyakan khabar. Saya sayang ibu dan bapa saya. Peace.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bukak u tube pasal adam ni tadi tak blh le pulak.....

Sedihnya......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2013 11:46 PM | Show all posts
jazaa posted on 25-8-2013 11:25 PM
Nak bukak u tube pasal adam ni tadi tak blh le pulak.....

Sedihnya......

Sedey pasal tak leh buka YT?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings posted on 25-8-2013 11:46 PM
Sedey pasal tak leh buka YT?

Sedih baca kisah adam tu lah bling.....
Byk kali cuba bukak tapi tak blh....nasib baik noor bukak thread & tau lah cite sebenar..... yatim piatu rupanya.....

Bertambah-tambah sedih.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2013 11:56 PM | Show all posts
jazaa posted on 25-8-2013 11:53 PM
Sedih baca kisah adam tu lah bling.....
Byk kali cuba bukak tapi tak blh....nasib baik noor bukak ...

Akupun anak yatim gak...malas nak layan perasaan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2013 06:45 AM | Show all posts
sedih bila anak ni cuma umur 5 tahun....dah kehilangan ibu ayah...


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 08:01 AM | Show all posts
noor2 posted on 26-8-2013 06:45 AM
sedih bila anak ni cuma umur 5 tahun....dah kehilangan ibu ayah...

Hang sebut je TUHAN ITU TAK ADIL dan TIADA BELAS pada anak kecil KAN senang?????NAUZUBILLAH...

Macam orang tak beragama pulak hang nee....

sedangkan tiap hari hang komat kamit.....DIA MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG........Dan sesungguhNYA DIA LEBIH TAHU Dari APA YANG KITA TIADA KETAHUI????

Nak Manak sambung lagi tak??????
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 08:03 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 25-8-2013 11:56 PM
Akupun anak yatim gak...malas nak layan perasaan ni

Ini dialog Ahmed NESEPU...dalam MADU 3 kah??????

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 08:30 AM | Show all posts
Budak 5 tahun yang dah jadi anak yatim..kita sedihkan....sedangkan anak anak yang ada emak tapi macam takda... kerna mak mereka sibuk 'marketkan' diri dalam forum, jengok pagi...jengok petang...jengok malam.......tak pulak kita nak sedihkan akan nasib anak anak seperti ini kan,kan,kan????

Bak kata anak anak si NO...".ummi ada takda sama je .......lagi baik takda......"


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2013 08:41 AM | Show all posts
closed thread. kak noor. please share this in thread borak. tq.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051742 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list