View: 41397|Reply: 2
|
DRAMA PERSILATAN 90AN & KERIS HITAM BERSEPUH EMAS
[Copy link]
|
|
Nostalgia Drama Persilatan Era 90an
Hah, memandangkan aku lahir pada tahun 80an, semestinyalah yang aku ingat ialah pada hujung 80an sehinggalah pada awal 90an, memang terdapat drama bersiri kependekaran. Aku cuma akan memaparkan sedikit siri yang aku minat, ataupun yang menarik perhatian aku untuk meminatinya.
Zaman Kegemilangan
Drama kependekaran (uih, aku cipta istilah baru?) berada pada zaman kegemilangan pada awal 90an (menurut memori akulah), di mana banyak siri menarik yang aku minat pada sekitar tahun-tahun ini.
URAT PUN KENDUR
Siapa tak ingat drama bersiri PENDEKAR KUNDUR, lakonan (yang aku ingat saja la) Eman Manan tu? Yang aku ingat, nama hero dalam siri tu ialah Hang Siak dan Hang Isap, tak pasti pulak yang mana satu lakonan Eman Manan, bahkan cerita pasal apa pun aku tak ingat! Aku ingat ada Eman Manan, itu saja! Almaklumlah, Eman Manan ni memang hero silat kegemaran aku! Oh ya, ini juga antara pendedahan pertama aku terhadap “rambut palsu” (sebab untuk memaparkan zaman purba, kononnya orang zaman itu simpan rambut panjang, dan pelakon yang berambut pendek mesti kena pakai rambut palsu untuk membawa watak lelaki berambut panjang).
NINJA MELAYU??
Lepas tu masih ingat siri SEMUTAR HITAM? Yeah, siri ala Batman/Spider-Man ini mengisahkan seorang adiwira yang pakai semutar berwarna hitam, bertindak ala ninja menjadi ‘vigilante‘ membanteras jenayah dan membantu orang susah. Untungnya, siri ini baru saja diulang di TV9 (dan malangnya, aku tak sempat tengok kesudahannya, tahu-tahu sudah diganti dengan PENDEKAR 5, haha!). Lakonan Latiff Borgiba sebagai Pak Tua dan Faizal Hussein (sorang lagi hero silat kegemaran aku!) sebagai Adi Putera, siri ini mengisahkan kekacauan yang bakal berlaku di sebuah daerah bernama Seri Siantan, dan aku sendiri tak nampak apa kejadahnya yang nak dikacau oleh entah siapalah sang penjahat (huh, memang lemah benar olahan skrip cerita ni, baru sekarang aku sedar, hohoho!). Tapi sapa suka aksi silat, memang patut layan la siri ni.
KERIS DAN ROKOK
Oh, tak lupa pula, dulu juga pernah tayang siri KERIS HITAM BERSEPUH EMAS. Yang lucunya, siri ini mempromosikan rokok jenama Perilly’s, cheh! Dan bila dilihat semula pada judul siri ni, “hitam” dan “emas” sememangnya warna trademark pada kotak rokok berkenaan, jadi aku tertanya apakah siri ini diwujudkan khusus untuk mempromosikan rokok itu? Heh, sungguh tak masuk! Lantaklah, yang pasti, aku ingat siri ni menampilkan Eman Manan selaku hero yang memegang keris berkenaan, dan juga dilakonkan oleh Fathil Dani (tak sangka!), Ebby Yus (sorang lagi pesilat yang sekarang jadi pelawak, macam Fathil Dani!) dan tak ingat dah siapa. Menarik siri ini bagi aku ialah sebab mengisahkan sekumpulan hero yang mempunyai senjata unik, mengigatkan aku pada Teenage Mutant Ninja Turtles(sebab keunikan senjata masing-masing) dan juga siri game Street Fighter (sebab ada banyak watak, dan cerita pasal lawan-lawan, memang macam main gamelawan-lawan) yang tengah top pada zaman itu!
Kisah yang memaparkan perjuangan beberapa orang pahlawan yang berbeza latar dan personaliti dan “tak ngam” pada awalnya, tetapi akhirnya bersatu menentang penjajahan tentera Feringgi. Aha, cerita fiksyen berlatarkan sejarah! Aku suka! Cuma satu saja aku masih tak pasti, iaitu bilangan hero dalam siri ini. Kalau tak salah aku, TUJUH orang kan? Hah, seandai betul, berkemungkinan siri ini mendapat inspirasi daripada filem SEVEN SAMURAI (yang turut menginspirasikan filem THE MAGNIFICENT SEVEN, bezanya berlatarkan koboi), iaitu mengisahkan tujuh pahlawan yang berbeza latar belakang dan tak pernah berkawan, tapi bersatu membantu penduduk setempat menentang penjajahan. Eheh, pasukan JUSTICE LEAGUE pun bermula dengan TUJUH orang jugak! Begitu juga siri anime DIGIMON ADVENTURE mengisahkan TUJUH orang jugak! Wah, angka TUJUH memang sinonim dengan cerita bertema sebegini!
Apahal pun, ini memang zaman di mana siri silat memang seronok ditonton. Bukan saja koreografi silatnya “asli” (sekurangnya bagi yang “buta silat” macam aku ni pun boleh nampak la “kesilatannya” koreografi yang dipaparkan tu), malah turut disertai oleh persatuan-persatuan silat terkemuka di Malaysia (biasanya Silat Gayong la tu). Boleh dikatakan semua pelakon ekstra adalah eksponen-eksponen silat yang sebenar, sementara ada beberapa watak dilakonkan oleh guru-guru silat yang sebenar.
Tapi, itu dulu…
Zaman Aneh
Zaman aneh bermula pada era pertengahan 90an, di mana sebuah produksi yang diberi nama HVD sedang menguasai/mendominasi penerbitan drama bersiri di stesen TV kita (terutamanya RTM), sehinggakan menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan produksi lain pada ketika itu. Syarikat ini selain menerbitkan drama Melayu, juga menerbitkan drama Cina tempatan, dan nampak gayanya terpengaruh dengan drama terbitan dari Hong Kong. Oh ya, pernah jadi isu, billboard yang memaparkan logo syarikat berkenaan dipacakkan sampai menenggelamkan Angkasapuri! Apahalpun, aku akan memfokuskan pada cerita pendekar terbitan mereka ini (yang turut terkena tempias “pengaruh Hong Kong”).
HATI BESI!
Atau lebih tepat, HATI WAJA, sebuah drama bersiri menarik lakonan Rusdi Ramli sebagai heronya, dan Faizal Hussein (horay, kembali dalam cerita lawan-lawan) sebagai penjahat, yang sememangnya sangat berkesan, aku benci gila kat watak dia ni, memang jahat tahap ‘supervillain’ la dia ni.
Alkisahnya si Rusdi Ramli ni belajar silat di kampung. Tapi ingin mengembangkan skilnya, dia berhijrah ke bandar (duh, klisé cerita “kampung-ke-bandar”), dan berguru dengan seorang guru silat moden (lakonan Allahyarham Hussein Abu Hasan). Turut berguru di situ ialah Faizal Hussein, yang memang jaki sungguh kat Rusdi ni. Nak jadi alkisah lagi, geng silat ni masuk Pertandingan Kick-Boxing (apa kejadah silat jadi kick-boxing), dan lawan la dengan sapa entah orang Siam nama Sompek (tak reti eja). Tapi final boss (macam game lawan la pulak!) yang Rusdi Ramli kena lawan ialah Faizal Hussein la.
Haha, tang ni lah bermulanya kemerapuan cerita ini, iaitu selain daripada men”tomoi”kan silat, tok guru silat bandar ni juga banyak buat “bid`ah” dalam ilmu persilatan. Macam mana boleh ada skil “Tendang Tanpa Bayang” yang terang-terang dicilok daripada skil “No Shadow Kick” yang selalu diasaskan oleh Wong Fei Hung (dan di”melampau”kan oleh lakonan Jet Li). Heh, sejak bila silat jadi kungfu pulak nih? Maka fokus cerita “silat” ini pun mula bertukar kepada “kungfu celup”. Kiranya Rusdi Ramli ni nak jadi Jet Li versi Malaysia la kot. Sayangnya yang namanya “Tendangan Tanpa Bayang” versi kita ni lebih kepada “Tendangan yang cuma nampak kaki kena muka musuh sementara si penendang tu berada di belakang kamera”.
Hoho, maaflah wahai peminat siri ni. Tak dinafikan siri ni memang popular dan ramai peminat, dan aku pun minat gila siri ni dulu (masih terbayang ngerinya melihat watak Faizal Hussein tumbang dalam episod akhir tu, tak tau la dia masih hidup atau mati), tapi hakikatnya ialah kalau ada merapu tu memang tak dapatlah aku cuba cover dengan kata-kata manis berbentuk pujian, haha! Dan satu lagi hakikat daripada pembikin siri ini ialah beberapa siri “pendekar” yang diterbitkan oleh mereka seterusnya…
DOUBLE DRAGON VERSI MALAYSIA
Pernah dengar pasal game, kartun, atau filem DOUBLE DRAGON? Ha, aku masih ingat lirik lagu tema siri animasinya:
“Live the code, the code of the Dragon
Fight for right, the might of the Dragon
With the mark, the mark of the Dragon“
Haha, maaf, bukan itu yang aku nak ceritakan, tapi siri PENDEKAR KEMBAR, lakonan kedua-dua watak itu oleh Arash Mohamad. Ya, di sinilah bermulanya siri pendekar Melayu yang bersilat seperti kungfu. Aku sendiri dah lupa apa plot siri ini, tapi ianya melibatkan dua orang yang tak kenal satu sama lain sebagai saudara kembar sebab terpisah sejak kecil, seorang tu berlagak dan nakal sementara seorang lagi gagap tapi baik, kemudian bertemu, kemudian tertukar tempat sebab wajah seiras, kemudian belajar silat di Pulau Emas Perak (hahahaah!), kemudian lawan dengan sapa entah! Hoh, secara asasnya itulah plotnya.
Tak dinafikan, memang siri ini juga agak popular, aku dan sepupu aku juga mengikuti siri ni sampai habis. Sebab apa? Sebab ianya “baru”. Memang sesuatu konsep yang “baru” akan mendapat sambutan dan perhatian. Tapi kalau formula ini berulangan, maka lama-lama nanti “mati”lah ia. Maka setelah siri ini, memang ada beberapa lagi siri pendekar yang diterbitkan oleh produksi HVD ni. Produksi pun nampak gah, bajet macam tinggi ja, dan lokasi pun boleh tahan (majoritinya di RUMAH MALAYSIA, Melaka). Tapi tak berapa menarik perhatian, kecuali siri KOTA SETIA, boleh dikatakan satu-satunya siri pendekar terbitan mereka ni yang betul-betul diambil dari peristiwa sejarah. Malangnya aku tak ingat secara teliti cerita ini mengisahkan apa!
Yang menjadi kritikan orang mengenai drama pendekar era ini ialah ianya berbau “kungfu”. Bau silatnya sudah hilang. Mana perginya koreografi silat seperti yang dilakonkan oleh yang seangkatan Eman Manan dulu? Tak ada. Sebaliknya semuanya dilakonkan (secara kekoknya) oleh pelakon itu sendiri dalam close-up, sementara selebihnya dilakonkan oleh stuntman (shot jarak jauh), kadang-kadang tu nampak sangat muka berbeza dengan muka pelakon yang membintangi watak berkenaan. Orang “buta silat” macam aku pun boleh cam aksi yang dilakonkan ialah aksi “kungfu” (Tendangan Tanpa Bayang? Tolonglah!). Hanya “intro” ja dimulakan dengan “bunga silat” (kononnyalah), lepas tu bila rancak berlawan, mulalah “terbang” ke sana dan sini macam tengok drama “kungfu”.
Apa nak hairan, memang keseluruhan team produksi HVD ni pun “berpaksikan” Hong Kong. Sekarang ni aku pun tak tau apakah mereka masih beroperasi? Dulu selain pendekar, orang memang ingat slot SPEKTRA (sebelum itu dikenali sebagai KELUARGA RIA) kat RTM1 dulu, memang drama-drama terbitan mereka inilah yang ditayangkan. Kira zaman tu mereka nilah yang monopoli drama bersiri tempatan di RTM. Sekarang ni, kalau masih ada pun, mungkin cuma memproduksikan drama Cina kot (rasanya pernah “terserempak” di RTM2).
Haaa… begitulah serba sedikit mengenai siri kependekaran di TV kita suatu ketika dulu. Lepas tu genre ni terus “mati”. Sehinggalah… jeng jeng jeng… Ada apa dengan siri PENDEKAR 5 yang kelihatan cuba membangkitkan semula era drama bersiri kepahlawanan Melayu di stesen TV kita? Haa… tunggu…
Ok sekarang moh kita layan cite Keris Hitam Bersepuh Emas full episod hehehe. Yang lain coming soon
Eman Manan - Bitara
Zamberi Osman - Sang Guna & Pendeta Arif
Ebby Yus - Agam
Ruzaidi Abd Rahman - Adijaya
Razak Kaze - Sali
Fathil Dani - Jempol
Abd Halim Abd Rahim - Hang Perkasa
Guys watak yg anda suka selain Bitara? kaze suka tgk gelagat Jempol.. hehe
Credit to uploader (Breader Mae)
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E01
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E03
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E04
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E05
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E06
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E07
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E08
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E09
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E10
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E11
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E12
Keris.Hitam.Bersepuh.Emas.E13
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati waja tu aku tgk kadang2 time xde kelas..masa tu belajar kat hostel time coti je la leh tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi satu kes keris dan rokok iaitu citer Tuah Jebat di taja oleh rokok err lupa rokok apo.. Tapi hero eh CD Oraza. Memula lawan silat tak beh tapi lopeh diorang import Jebat, Zul dan Mat (Juara Dunia Silat Seni bersenjata) dan gang baru beh.. buat cito kek Taman Malaysia Melaka. haha.. dan merekala yang berlakon dalam Semutar Hitam dan Terusan Wan Mat Saman. Allahyarham Zul pulak jadi pahlawan jahat baju pink dalam semutar Hitam
Bagi den selain dari Pendekar Kundur satu lagi drama yang beh eman berlakon ialah Luk 7. Yang lain Tok Janggut.. ahh... 90an tu banyak citer pendekar mungkin sobab politik sentuh pasal "Kekebalan Raja"... |
|
|
|
|
|
|
| |
|