|
Nampaknya penyanyi pop dunia, Justin Bieber ini tidak serik dengan pelbagai kontroversi. Kiranya terlalu banyak kontroversi yang sengaja dilakukan. Remaja nak meningkat naik, biasalah semua itu. Tapi, kali ini boleh dikatakan keterlaluan dan melampau sekali.
Terbaru kontroversi yang diciptanya ialah dia dilaporkan kencing dalam sebuah baldi di sebuah restoran. Selain daripada itu, dia juga sempat memicit gel pembersih meja ke arah poster bekas presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton sambil menghamburkan kata-kata kesat terhadap Clinton.
Mungkin Bieber berasakan tindakannya itu sebagai sesuatu yang normal dilakukan oleh remaja seusianya namun sebagai seorang ‘public figure’, ramai berasakan tindakan Bieber sejak kebelakangan ini sedikit menjengkelkan dan memualkan. Jom tengok video dan anda saksikan sendiri aksi keterlaluan penyanyi ini.
http://www.tmz.com/videos/0_s38srmti
p.s dah kaya mmg cm ni la perangai
|
|