PENJAGA gawang muda Wigan Athletic, Joel Robles sah menjadi milik Everton untuk musim baru ini.
Robles yang berumur 23 tahun sebelum ini dipinjamkan ke Atletico Madrid.
Selain Robles, dua lagi pemain Wigan, Antolin Alcaraz dan Arouna Kone menyertai Everton selepas pasukan mereka tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL).