|
PEMAIN antarabangsa Brazil yang sedang mencipta nama, Paulinho secara rasmi menjadi pemain Tottenham Hotspur, semalam.
Spurs membeli pemain tengah dari Corinthians itu pada harga £17 juta (RM80 juta).
Paulinho, 24, muncul antara watak penting ketika Brazil menjuarai Piala Konfederasi 2013 baru-baru ini.
"Terima kasih kerana mempercayai saya. Saya gembira apabila dapat menyertai kelab hebat seperti Spurs.
"Saya sedar banyak halangan menanti di hadapan tapi itu tidak akan menghalang niat saya untuk membantu kelab ini mencipta kejayaan," kata Paulinho.
Paulinho telah menjaringkan 34 gol dalam 167 perlawanan untuk Corinthians termasuklah bermain dalam perlawanan akhir Piala Kelab Dunia menumpaskan Chelsea Disember tahun lalu.
Pemain itu juga telah mewakili Brazil sebanyak 17 kali dan menjaringkan lima gol.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|