CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2241|Reply: 4

Lexus LS

[Copy link]
Post time 4-7-2013 12:36 PM | Show all posts |Read mode




Rona hitam untuk varian baru F Sport.


Lima mod pemanduan untuk dipilih.

Ada di antara jentera yang berada di pasaran tidak lebih daripada untuk merevolusikan pasaran berbanding model asli Lexus LS keluaran 1990. Ia menjadi kereta mewah baru Toyota dan ia bukti positif bahawa negara matahari terbit itu juga mampu bersaing bahu ke bahu dengan automotif mewah Jerman.

Hampir dua dekad sejak barisan LS pertama muncul, Lexus lebih senang mengambil pendekatan selamat terutama berkaitan reka bentuk dan sedan empat pintu itu kurang menyerlah berbanding pesaing Eropahnya yang lebih agresif.

Kini LS baru tidak lagi berhasrat untuk mengambil langkah selamat dalam rekaan luarannya. Menerusi rekaan agresif, LS turut memaparkan falsafah reka bentuk baru jenama mewah Jepun yang dipanggil “L-finesse” ditambah dengan gril gelondong baru hadapan yang diguna pada semua model-model lain Lexus sebagai simbol identiti keteguhan jenama dan masa depan Lexus.

Kabin juga tidak ketinggalan. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 1989, kabin Lexus sentiasa memberikan layanan baik, mesra dan selesa. Bagi LS 2013 ini ia masih meneruskan tradisi itu menerusi peningkatan rekaan filosofi baru.

Model LS turut menerima teknologi inovasi tinggi yang pertama kali digunakan pada Lexus GS iaitu paparan “Electro Multi Vision” bersaiz 12.3 inci terbesar pertama di dunia dalam automotif.

Ia memudahkan pemandu melihat informasi peta dan audio, kawalan suhu atau maklumat-maklumat lain kenderaan yang dikehendaki dan tetikus komputer “Remote Touch Interface” memudahkan pemandu tanpa perlu mendepakan tangan untuk menekan butang atau suis.

Bahkan menyerlahkan lagi imej mewah kabin, Lexus menggunakan kemasan Shimamoku (kayu berjalur) yang menyelitkan tukangan halus tradisional Jepun.

Model LS dilancarkan di pasaran Amerika Syarikat dua bulan lalu dan dalam negara ia baru sahaja dilancarkan minggu lalu. Sedan LS menawarkan empat varian: LS 460 (standard), LS 460L (jarak roda panjang), LS 600h (hibrid) dan varian baru yang lebih agresif, LS 460 F- Sport.

Ia pertama kali dalam sejarah di mana Lexus  menambah varian F Sport yang menawarkan penampilan sporty dan agresif. Lexus LS 460 F Sport menawarkan pakej kemasan luaran yang lebih agresif-- gril eksklusif dan bampar hadapan dan belakang yang lebih rendah dan rim aloi 19 inci bersama 6 piston brek brembo.

Sementara kabin mendapat sentuhan sport garang termasuk stereng balutan kulit dengan paddle shifter dan kemasan aluminium.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2013 04:30 PM | Show all posts
camry versi lexus.....pergh......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2013 05:24 PM | Show all posts
yarid posted on 5-7-2013 04:30 PM
camry versi lexus.....pergh......

apa lagi buat loan kasi klua sebiji hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 12:30 AM | Show all posts
Mahal dr bmw ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 01:25 AM | Show all posts
pergh.tak mampooooooooooooooo laaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.142226 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list