View: 1604|Reply: 0
|
TRW mantap, gawang tidak bolos sejak 21 Jun lalu
[Copy link]
|
|
PENGENDALI skuad The Red Warriors (TRW), Bojan Hodak ternyata berpuas hati pencapaian mantap di lakar pemainnya tatkala saingan Liga Super 2013 melabuhkan tirainya pada 6 Julai ini.
Empat kemenangan berturut-turut sejak 21 Jun lalu dicatat TRW cukup melegakan hati Hodak meskipun berdepan jadual padat.
Kelmarin, TRW kutip tiga mata atasi Perak dengan keputusan 1-0 di Ipoh sekali gus kekalkan momentum kejayaan selepas mempertahankan gelaran Piala FA pada Sabtu lalu.
"Pemain masih berupaya beraksi pada tahap terbaik dan miliki semangat juang tinggi untuk mencatat kemenangan. Pada saya, pemain wajar terima pujian walaupun kita menghuni tangga kelima liga.
"Bahagian serangan cukup menjadi dan berjaya meledak gol dalam setiap perlawanan. Benteng pertahan pula cukup berkesan sehingga kita belum bolos pada empat aksi terakhir," katanya.
Kelantan kini menghuni tangga kelima liga dengan 33 mata selepas mengharungi 23 perlawanan.
• Petikan Berita Online •
|
|
|
|
|
|
|
| |
|