View: 1646|Reply: 0
|
Optimis kejutkan Jerman
[Copy link]
|
|
KETUA jurulatih skuad hoki negara, Paul Revington berkeyakinan melihat anak didiknya mengejutkan Jerman pada saingan suku akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Taman Daya, Johor Bahru, malam ini.
Meskipun akui skuad Jerman sebagai lawan liat, Revington menaruh harapan tinggi sekali gus menghidupkan peluang mara ke separuh akhir.
"Saya sudah terfikir kemungkinan kita berdepan Jerman di suku akhir sebelum kejohanan bermula. Kita akan menghadapi mereka seperti biasa ketika bertemu Australia pada kempen Piala Sultan Azlan Shah lalu.
"Saya harap kemenangan berpihak kepada Malaysia," katanya.
Menurutnya, tempoh rehat satu hari membolehkan beliau memperbaiki kembali kelemahan sebelum perlawanan sebenar.
"Saya yakin dan kami tidak gentar untuk permainan esok (hari ini)," katanya.
Pemenang pertemuan ini akan bertemu sama ada Pakistan atau Korea Selatan di separuh akhir.
• Petikan Berita Online •
|
|
|
|
|
|
|
| |
|