View: 2776|Reply: 6
|
Tiket Final FA esok..mana nk beli?
[Copy link]
|
|
Salam uols..mana nk beli tiket ni?..kt bukit jalil ada jual x?..bila kaunter start bukak ek??
Anyway, sapa yg turun KL sok nk tgk JDT? sila angkat tangan..

|
|
|
|
|
|
|
|
ade lagi ke tiket??
tgk dalam berita semalam kate tiket da abis...
kaunter baru bukak setengah jam, tiket da abis dijual! |
|
|
|
|
|
|
|
khailya posted on 28-6-2013 10:10 AM 
ade lagi ke tiket??
tgk dalam berita semalam kate tiket da abis...
kaunter baru bukak setengah ja ...
yg da habis tu kt stadium larkin kan?..yg kt bukit jalil pulak???mesti ada allocation jugak kan..tp x taula kalau kt bukit jalil pun habis jugak..
JOHOR BAHRU - Penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam kecoh apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) berasak-asak sehingga menyebabkan seorang wanita cedera akibat dirempuh.
Kira-kira 3,000 penyokong mula membanjiri pekarangan stadium tersebut, termasuk ada yang sanggup tidur di hadapan kaunter jualan seawal pukul 12 tengah malam bagi mendapatkan tiket berkenaan.
Bagaimanapun, terdapat juga penyokong yang pulang dengan tangan kosong apabila tiket habis dijual apabila kaunter mula dibuka pukul 8.20 pagi.
Atas beberapa sebab, kaunter jualan terpaksa ditutup beberapa kali ekoran kesesakan di hadapan empat kaunter yang dibuka selain jumlah tiket yang dikatakan tidak mencukupi.
Seorang penyokong, Nazarudin Samsudin, 44, berkata, dia yang berasal dari Pontian tiba di stadium pukul 12.30 tengah malam semata-mata untuk memastikan dapat membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir antara JDT dan Kelantan, esok.
"Saya sangka sayalah orang terawal yang tiba, tetapi sebaliknya apabila kira-kira 100 orang sudah berada di hadapan kaunter dan ada juga yang tidur di sini.
"Nasib baik saya dapat membeli tiket kerana ramai juga yang datang pada waktu pagi tidak dapat beli tiket kerana ia sudah habis," katanya.
Nasib berbeza dialami Mohd. Razli Mohamed, 19, dari Pasir Gudang yang terpaksa pulang dengan kosong apabila tiket yang dijual dua keping setiap seorang,kehabisan.
"Saya masih fikir cara untuk mendapatkan tiket dan mungkin akan pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok (hari ini) untuk beli tiket di sana pula," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ohh yekeee.. opsss soee... serius.. igtkan kat bukit jalil smlm... tgk berita pun separuh jer..
cube la nasib yer... tgk camner...hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
khailya posted on 28-6-2013 10:27 AM 
ohh yekeee.. opsss soee... serius.. igtkan kat bukit jalil smlm... tgk berita pun separuh jer..
cub ...
semangat la uols..da bertahun kot nama johor x kuar kt final..heh..
|
|
|
|
|
|
|
|
haa betul2...
tp rasenyer mcm kelantan je menang..
tp hope jugak JDT boleh menang..  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|