CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1849|Reply: 1

FAM bersikap terbuka

[Copy link]
Post time 19-6-2013 04:23 PM | Show all posts |Read mode


NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya tiada masalah dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Jelasnya, setiap pandangan Khairy sentiasa diberi perhatian.

"Saya ada pandangan peribadi dan melihat perkara itu daripada sudut positif. Kita harus faham, setiap kritikan barangkali ada penambahbaikan yang perlu kita perbaiki.

"Kita terima segala kritikan dan bukan hanya kepada FAM, tetapi seluruh persatuan harus berubah kepada yang lebih baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Istana Alam Shah, Klang, semalam.

Hamidin juga menjelaskan, beliau menyokong kenyataan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sebelum ini bertitah bahawa FAM perlu sikap yang lebih terbuka dan menerima segala kritikan.
"Khairy pernah menjadi Timbalan Presiden FAM dan  beliau mempunyai pandangan tersendiri," katanya.
Sinar Harian semalam melaporkan Khairy dilihat ‘patah hati’ dengan FAM selepas enggan mengulas kemelut terbaru badan induk persatuan bola sepak negara itu berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia (Liga M) kepada persatuan bola sepak negeri-negeri.

Ia berikutan lanjutan persoalan ditimbulkan  Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengenai wang tajaan RM30 juta setahun diterima banda induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga M.
Sementara itu, Hamidin menjangkakan FAM bakal mengadakan perbincangan dengan Khairy bagi menjelaskan situasi terbaru bagi sebarang perkembangan terkini atau perancangan program FAM pada masa depan.
"FAM di bawah kelolaan KBS dan Khairy merupakan pemimpin untuk kami rujuk jika ada perkara berbangkit...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2013 03:40 AM | Show all posts
apa lagi KJ .. hentam aje FAM perabih
pasni kena denda punyer la .. huhu
TMJ pun boleh kena denda .. takkan menteri takleh kot

somehow
FAM are not doing the right thing
our football roots are too short

facility kita top notch .. almost la
cuma tah camne, agak nya training method atau pemakanan tak berapa molek kut

the eastern and middle east of asia
plus tje japanase and koreans
are taking 3 steps forward
we on the other hand .. are taking 1 step backward

kalau dah tengku abdullah komen camtu
apa lagi .. jangan segan2 nak bubarkan akta yg zaman dinosor tu

ada ke kenyataan berbentuk kritikan boleh dibuat oleh orang2 berjawatan tertentu aje

kalau fergie ada .. dah lama kena sumbat dengan chewing gum .. haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049012 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list