CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2541|Reply: 2

Hoki: Pecat Muhammad Dharma, Chiow Chuan ditarik

[Copy link]
Post time 19-6-2013 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Hiasan

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini menarik balik syor mereka agar Muhammad Dharma Raj Abdullah dan Lim Chiow Chuan dipecat.

Pengerusinya, Manjit Majid Abdullah berkata mereka sebaliknya akan menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Presiden MHC Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mengambil kira pandangan Ketua Jurulatih Hoki Kebangsaan Paul Revington dan inisiatif Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, bagi menyelesaikan kebuntuan berkenaan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa itu pada Sabtu, ia bersetuju dengan cadangan memecat Muhammad Dhaarma, yang merupakan Jurulatih Skuad Remaja Kebangsaan dan Lim, Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS daripada jawatan masing-masing selepas Revington mendakwa mereka campur tangan dalam perkara membabitkan pasukan kebangsaan.

"Jawatankuasa Kejurulatihan mungkin terkhilaf berhubung istilah yang digunakan, mengesyorkan untuk menamatkan kedua-dua pegawai, tetapi sepatutnya mengesyorkan tindakan diambil terhadap mereka.

"Jawatankuasa Kejurulatihan mungkin melepasi sempadan tertentu secara tidak sedar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.   

Pada Sabtu lepas, Revington meletak jawatan menerusi e-mel kepada MHC kerana mendakwa terdapat campur tangan daripada Muhamad Dharmaraj dan Lim selepas enam bulan menduduki kerusi panas itu.

Bagaimanapun, Revington memutuskan untuk tidak melepaskan jawatan selepas bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin semalam.

Manjit berkata jawatankuasa itu berterima kasih kepada Khairy kerana mengambil pendekatan untuk meyakinkan Revington agar kekal sebagai jurulatih sehingga perlawanan Separuh Akhir Liga Dunia Hoki di Johor Bahru.

Beliau juga optimis semua isu yang dibangkitkan jurulatih yang berasal dari Afrika Selatan itu akan dapat diselesaikan juga.

"Kami mengulangi keyakinan kami terhadap keupayaan Muhammad Dharmaraj untuk terus melatih pasukan remaja kebangsaan untuk menghadapi kejohanan Piala Dunia Remaja di New Delhi (Disember ini),"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2013 06:13 PM | Show all posts
Krisis yg berlaku mmg sudah aku jangkakan krna mmg ada perselisihan yg kritikal antara Lim Chiow Chuan dgn Paul..
Krisis yg berlaku antara depa berdua hingga menyebabkan Paul terpaksa mengambil 5indakan undang undang..

Cuma aku tak sangka Dharma terheret sama krna mmg ada perbezaan pendapat antara Dharma dgn Paul.. perbezaan pendapat mereka lebih kepada isu isu teknikal yg berkaitan antara skuad remaja da skuad senior.
Cuma ada pihak pengurusan yg tak buat kerja berdasarkan job scope dan pihak inilah yg tak suka dgn Dharma dan mengheret Dharma ke dlm krisis nie..

A0a apa pun dgn berlaku krisis ini, aku dpt melihat dan dapat membezakan bagaimana KHM dgn FAM menyelesaikan sesuatu masalah.
Dan yg lebih menarik, ketiga tiga mamat nie (Paul, Dharma dan Lim) telah bersemuka di dlm meeting yg dihadiri oleh semua pegawai yg terlibat dari skuad remaja h8ngga skuad senior.. kata org, cakap depan depan. Settle it once n for all..

Dan hasilnya agak positif. Utk jangka masa pendek, tiada siapa yg resign dan tiada siapa yg akan dipecat. Last edited by SulurBidar on 19-6-2013 06:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 05:51 PM | Show all posts
isunya mereka suka tarik2 player ikut team masing2 saja ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050400 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list