CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 0

Konsert Rossa, Unggu malam ini

[Copy link]
Post time 15-6-2013 03:29 PM | Show all posts |Read mode

Barisan artis dan pihak produksi Konsert Enjoy Jakarta ketika sidang media, hari ini

KUALA LUMPUR - Dalam rangka mempromosikan kota Jakarta, penyanyi terkenal dari Indonesia, Rossa dan Ungu bakal memeriahkan Konsert Enjoy Jakarta 2013 yang bakal berlangsung, malam ini.

Legenda rock tanah air, Amy Search turut bakal membuat penampilan pada konsert yang bermula 8.30 malam di Tasik Perdana.

Konsert siri kedua yang mahu menarik pelancong Malaysia ke Jakarta itu akan dimeriahkan oleh 30 penari dan 20 pemuzik.

Pengarah Seni konsert itu, Denny Malik akui konsert kali ini bakal mengetengahkan budaya-budaya di Indonesia.

"Konsert bakal dibuka dengan pertunjukan tarian tradisional Betawi. Susunan muzik pula yang kontemporari hingga konsep futuristik.

"Kandungan dan persembahannya akan lebih kaya dan semarak," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Rossa memberitahu secara peribadi telah memilih beberapa lokasi untuk membeli-belah di kota Jakarta.

"Secara peribadi, sebagai wanita, Jakarta menjadi lokasi untuk mencari makanan dan membeli belah.

"Kalau kaum wanita lain, yang mahu mencari tudung juga boleh ke Mangga Dua, Tanah Abang dan Tamrin Cit," katanya.

Pasangan pengacara hebat dari Indonesia, Sarah Sechan dan Hedi Yunus akan bergandingan mengacarakan konsert ini.

Sarah berharap, selepas malam ini, lebih ramai rakyat Malaysia akan ke Jakarta untuk bercuti.

"Semoga selepas ini, akan lebih ramai orang Malaysia datang ke Jakarta," katanya.

Mengikut rekod sehingga April lalu, lebih 700 ribu rakyat Malaysia telah mengunjungi negara itu.

Pihak kedutaan Indonesia mensasarkan 30 juta pelancong akan melancong ke Jakarta tahun ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.031165 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list