CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1604|Reply: 0

Once tolak politik kerana rambut

[Copy link]
Post time 13-6-2013 09:59 AM | Show all posts |Read mode
SUARA unik pemilik nama sebenar Elfonda Mekel atau lebih dikenali sebagai Once sebelum ini sering mendendangkan lagu-lagu hebat dari band Dewa.
       
        Selepas hampir 12 tahun beraksi dalam band, akhirnya Once mengambil keputusan untuk bergerak secara solo dan keluar dari Dewa secara rasmi pada tahun 2011.
       
        Mahu mengetengahkan muziknya sendiri, Once menghasilkan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album sulungnya itu dengan dibantu beberapa rakanya dari Indonesia.
       
        Dalam temu bual baru-baru ini, Once berkongsi rahsia di mana, dirinya sering ditawarkan menyertai parti politik dari republik itu.
       
        Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama Once untuk mengetahui kisahnya dengan lebih lanjut.
       
        SINAR HARIAN ONLINE : Bagaimana sambutan album Once di Indonesia?
       
        ONCE : Di Indonesia OK, meskipun penjualan CD di Indonesia sedang menurun. Jika dibandingkan dengan 10 atau 13 tahun lalu. Dulu, penjualan CD boleh mencapai 1 hingga 2 juta copy. Sekarang susah.
       
        SINAR HARIAN ONLINE : Berapa lama tempoh diambil untuk menyiapkan album solo pertama ini?
       
        ONCE : Lebih kurang tiga tahun. Ia lama kerana saya tidak terlalu menumpukan perhatian pada rakaman. Mungkin untuk album satu lagi, tempohnya tidak selama ini. Album kedua sudah lima lagu siap dirakam.
       
        SINAR HARIAN ONLINE : Selepas keluar dari Dewa, Once bergerak solo. Adakah lebih mudah atau lebih sukar untuk bekerja?
       
        ONCE : Saya sedang menikmati bergerak solo dan bermain muzik bersama kawan-kawan, Wawan dan Popo. Saya sangat‘enjoy’ membuat muzik bersama mereka. Kami tak ada nama, hanya projek saya saja.
       
        Lebih mudah bergerak solo kerana saya lebih mudah untuk membahagi masa. Dalam band banyak ‘kepala’ jadi, perlu susun masa dan selera juga.
       
        SINAR HARIAN ONLINE: Once lebih berpuas hati dengan bergerak solo?
       
        ONCE : Sudah tentu saya ada kepuasan sendiri. tapi saya tak bolehlah nak berharap saya boleh menjadi sehebat Dewa.
       
        Pada saya, ini merupakan satu proses kreatif saja dan saya tidak bercita-cita terlalu tinggi.
       
        SINAR HARIAN ONLINE : Apa perbezaan Once ketika bersama Dewa dan Once sekarang?
       
        ONCE : Saya rasa muziknya berbeza. Saya ikut susunan muzik saya sendiri. saya kadang-kadang main ‘keyboard’ dan gitar tapi untuk rakaman saya hanya main ‘keyboard’.
       
        SINAR HARIAN ONLINE : Dealova lagu lama, kenapa baru sekarang dimasukkan dalam album?
       
        ONCE: kerana memang tak pernah dimasukkan ke dalam album. Saya tak kisah kalau lagu Dealova lebih digemari. Saya tetap berusaha memainkan lagu yang lain juga.
       
        SINAR HARIAN ONLINE : Dalam merancang strategi di Malaysia, ada perancangan untuk berduet dengan mana-mana artis Malaysia?
       
        ONCE : Kalau boleh saya mahu berduet dengan Siti Nurhaliza, Amy Search dan Too Phat tetapi masih belum kesampaian. Semua itu juga bergantung pada lagu serta yang penting lagunya bagus dan sesuai.
       
        SINAR HARIAN ONLINE : Bagaimana kehidupan peribadi Once?
       
        ONCE: Kehidupan peribadi saya biasa-biasa saja. Tak ada yang sensasi. Sebab itu saya jarang keluar berita hiburan di Indonesia (berseloroh). Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun. Kali ini, saya bawa anak dan isteri datang ke Kuala Lumpur dalam siri promosi album solo pertama saya ini.
       
        SINAR HARIAN ONLINE : Manuel ada menunjukkan minatnya terhadap muzik?
       
        ONCE : Oh ya...sangat. Dia belajar main piano dan drum. Kegiatan saya di rumah bersamanya adalah main muzik. Saya suka main drum sambil nyanyi dan dia akan main paino. Dia sudah boleh memainkan 12 lagu termasuk lagu kumpulan Queen.
       
        SINAR HARIAN ONLINE: Once menyokong anak mengikut jejak langkah menjadi pemuzik?
       
        ONCE : Boleh juga kalau dia nak aktif dalam muzik tapi dia bebas memilih yang lain sebenarnya. Saya mendorong dia menjadi jurutera atau angkasawan.
       
        Tapi kalau dia nak jadi pemuzik, tak apa.  Cuma, jika tidak didorong menjadi jurutera, saya bimbang dia tak mahu belajar Matematik.
       
        Kalau dia hanya nak menjadi pemuzik, perkara itu akan susah untuk dia pelajari. Kalau sekarang, saya mendorong dia menjadi pemuzik, pasti keputusan Matematik dia teruk.
       
        SINAR HARIAN ONLINE  : Once tidak mahu menjadi ahli politik?
       
        ONCE: Saya ditawarkan tapi saya menolak. Saya selalu ditawarkan menjadi ahli politik oleh banyak parti politik di Indonesia tapi saya kata, saya tak nak potong rambut (berseloroh).
       
        Sebenarnya bukan itu...kan ramai orang belajar politik, ekonomi dan sebagainya...biar mereka sahaja yang menjadi wakil rakyat. Mungkin rakan-rakan artis lain yang memang mampu, tak apalah. Kalau saya, saya tak merasa mampu.
       
        Ada satu ketika ketua parti-parti politik terbesar di Indonesia menghubungi saya untuk menawarkan saya menyertai politik tapi saya menolak.
       
        Mungkin saya ditawarkan kerana saya pernah belajar undang-undang sebelum ini, jadi, saya tahu serba sedikit tentang peraturan.
       
        SINAR HARIAN ONLINE : Pasaran Malaysia turut menjadi lokasi bagi artis luar untuk memasarkan karya. Apa pandangan Once?
       
        ONCE : Sebagai artis Indonesia, saya bersyukur atas keadaan yang ada kerana kami boleh mendapatkan pasaran dari Kuala Lumpur. Apa lagi, situasi penjualan CD di Jakarta Indonesia tidak baik kerana banyak cetak rompak.
       
        Malaysia dikatakan bahawa ramai orang membeli CD asli. Oleh itu, saya ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong muzik Indonesia.
       
        SINAR HARIAN ONLINE : Ada dakwaan yang mengatakan kemasukan penyanyi luar bakal menutup periuk nasi artis tempatan. Setuju?
       
        ONCE : Saya fikir jangan sampai ke tahap itulah. Warga Indonesia juga terbuka dalam menerima muzik dari Malaysia untuk datang ke sana.
       
        Jangan sampai jadi satu hal yang seperti itu tadi (tutup periuk nasi artis tempatan). Kita sama-sama berfikir positif saja.
       
        Kita buat lagu yang bagus, semoga dapat dinikmati di Malaysia. Begitu juga rakan-rakan dari Malaysia, jika buat lagu, ayuh buat promosi di sana. Saya kira, di sana tidak tertutup juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067371 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list