View: 1840|Reply: 0
|
PROGRAM KENALI BAHASA ANAK JUN 2013
[Copy link]
|
|
PROGRAM KENALI BAHASA ANAK JUN 2013
Saya ingin berkongsi satu program yang bagus dan berpendidikan sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai masalah dengan anak-anak. Program ini dinamakan Program Kenali Bahasa Anak 2013. Butir-butir:
Tarikh: 30 Jun 2013
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Shah Alam
Laman Web: http://kenalibahasaanak.blogspot.com/
Program ini bertujuan membantu para ibu bapa dalam menangani masalah perhubungan dengan anak-anak. Bahasa orang dewasa adalah berbeza dengan bahasa anak-anak kecil. Ibu bapa harus sedar dan mendalami ilmu bahasa anak-anak supaya perhubungan menjadi lancar dan kasih sayang ibu bapa bertambah erat dengan anak-anak.
Sebagai contoh, anak-anak tidak sesuai makan makanan orang dewasa tetapi jarang ibu bapa sedar akan hal ini. Mereka memasak lauk pauk untuk dimakan sekeluarga tanpa mengambil kira akan tahap kesesuaian makanan tersebut kepada anak-anak. Lidah anak-anak kecil adalah berbeza dengan lidah orang dewasa. Sebab itulah masalah akan timbul selepas itu. Anak-anak mengamuk, tantrum, menangis waktu malam, dan macam-macam lagi.
Adalah dinasihatkan para ibu bapa mempelajari ilmu keibubapaan sebanyak mungkin untuk membina perhubungan dan kasih sayang yang kukuh dalam keluarga. Ilmu ini seterusnya akan membantu mereka menangani masalah sosial yang banyak pada zaman ini.
Insha Allah. Ayuh mulakan sekarang mendalami ilmu keibubapaan. Jangan pandai buat anak sahaja.
Peringatan untuk diri sendiri juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|