CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1829|Reply: 0

Skuasy negara menang bergaya

[Copy link]
Post time 12-6-2013 09:38 AM | Show all posts |Read mode

Nafiizwan sumbang mata pertama Malaysia.


SKUAD
Malaysia mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) yang berlangsung di Mulhouse, Perancis, kelmarin.

Pada pertemuan itu.pemain Malaysia mengalahkan Botswana 2-1 dalam perlawanan pertama mereka.

Mohd Nafiizwan Adnan menyumbangkan mata pertama negara mengalahkan Lekgotla Mosope dalam perlawanan straight set 11-6, 11-4 dan 11-5 tetapi Ong Beng Hee tewas mengejut di tangan Alister Walker, 3-11, 8-11 dan 9-11.

Begitu pun, mata kemenangan berjaya diraih menerusi Muhd Asyraf Azandengan menewaskan Koketo Ntshebe, 11-3, 11-4 dan 11-6.

“Perlawanan pertama selalunya sukar. Alister bermain dengan sangat baik dan saya cuba sentiasa berwaspada demi pasukan meskipun ia bukan tugas yang mudah. Ia melibatkan soal mental," katanya.

Malaysia akan menentang New Zealand dalam pusingan kedua Round Robin Kumpulan E sebelum bertemu Poland pada 11 Jun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049950 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list