PELAKON filem yang juga merupakan perenang Amerika Syarikat (AS), Esther Williams disahkan meninggal dunia di Los Angeles pada usia 91 tahun.
Jurucakapnya memberitahu, Esther meninggal dengan tenang ketika sedang tidur.
Kesihatan Esther sudah merosot sejak kebelakangan ini atas faktor usia.
Perenang kebangsaan yang pernah menjuarai acara itu pada usia 16 tahun itu menjadi pelakon pada tahun 1940 apabila sebuah ‘aqua musicals’ direka khas untuknya.
Esther bersara dari dunia lakonan pada tahun 1962 .