|
Serena Williams
PEMAIN nombor satu dunia, Serena Williams menepati ramalan apabila mudah melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis selepas menewaskan pemain Itali, Roberto Vinci awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Dengan keputusan itu, Serena semakin hampir untuk menjulang kejuaraan pertama tenis Terbuka Perancis buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.
Pemain pilihan utama itu hanya memerlukan masa 70 minit untuk menyingkirkan Roberto Vinci dengan straight set, 6-1, 6-3 dan sepanjang empat perlawanan di Roland Garros tahun ini, dia baru melepaskan 10 mata.
Di peringkat seterusnya, Serena akan bertemu Svetlana Kuznetsova dari Rusia yang pernah memenangi kejuaraan pada tahun 2009 selepas mengalahkan pemain Amerika Syarikat itu di suku akhir.
|
|