CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4861|Reply: 17

Boon Siew Honda lancar Honda Wave 110 baharu

[Copy link]
Post time 3-6-2013 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Boon Siew Honda melancarkan Honda Wave 110 baharu di Petaling Jaya. Ia adalah kesinambungan daripada Honda Wave 100, kapcai asas ini adalah model terbaharu dan dipertunjukkan bahawa Malaysia adalah negara pertama di rantau ini melancarkan kapcai ini. Dengan slogan "Satu untuk semua", kapcai ini digelar sebagai motosikal kapcai versetail.

Honda Wave 110 ini dikuasakan dengan enjin 110 cc dan menghamburkan kuasa dan tork masing-masing sebanyak 7.67 PS pada 7500 rpm dan 8.32 Nm pada 3500 rpm. Boon Siew Honda mengatakan ia adalah enjin 110 cc pertama di Malaysia yang mematuhi piawaian emisi EURO2. Enjin yang dipertingkatkan mempunyai piston lebih ringan sebanyak 10% dengan salutan permukaan untuk mengurangkan geseran serta roller rocker arm yang bertindak atas alasan yang sama.

        This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 2000x1331.


Boon Siew Honda juga menegaskan penjimatan minyak pada motosikal baharu ini. Ia mampu mencapai 52.5 km/l pada mod ujian ECE 40 berbanding 49.4 km/l pada Honda Wave 100. Motosikal ini sepatutnya mempunyai tunggangan yang baik hasil daripada kerangka kukuh dan ringan, tayar yang lebar, pusat graviti yang ditekan ke atas. Pada ujian Honda 0-200m, motosikal ini mampu mencapai jarak tersebut dalam masa 14.1 saat, empat per sepuluh lebih cepat daripada Honda Wave 100.

Ciri-ciri baharu dan dipertingkatkan termasuk reka bentuk semula kepala motosikal (halogen berbagai pantulan) dan lampu belakang, brek cakera hadapan (varian DX sahaja), ekzos baharu dengan penghadang haba dan suis bentuk ergonomik di pemegang hendal.

        This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 2000x1325.


Tidak ditulis di dalam brosur tetapi dikongsi pada hari pelancaran ialah perubahan ketara seperti fender yang lebih besar (perlindungan angin dan air lebih baik), tempat duduk lebih selesa (pengagihan tekanan lebih baik) dan operasi menegakkan motor lebih mudah.

Terdapat dua varian pada motosikal ini, S dan DX. DX ditambah dengan penghidup elektrik, lensa isyarat jelas, grafik lebih sporti, brek cakera hadapan, roda tuangan 5 jejari, penutup muffler krom dan bahagian dicat hitam (casing enjin, fork, steps). Tiga warna diperkenalkan pada Honda Wave 110 ini.

Harga untuk S ialah RM3898 dan DX ialah RM4498, motosikal ini didatangi dengan tempoh waranti dipertingkatkan iaitu 2 tahun atau 20000km.

http://paultan.org/2013/05/28/ne ... nched-by-boon-siew/

sori aku tak reti tepek pic...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 12:43 PM | Show all posts
Salam tempat parking ni ....gi park kat BOD motor...

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=266
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 12:47 PM | Show all posts
medangmru posted on 3-6-2013 12:43 PM
Salam tempat parking ni ....gi park kat BOD motor...

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=foru ...

wsalam

ciss leh salah park lak

camner nak park kat board motor tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 12:54 PM | Show all posts
hawaq posted on 3-6-2013 12:47 PM
wsalam

ciss leh salah park lak

xper la....bukannya selalu salah park...biasalah bawak motor ni kan park kat mana...


nanti saya move ke BOD Motor...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 03:47 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 04:35 PM | Show all posts
Slav posted on 3-6-2013 03:47 PM

yg putih oren tu utk dijual jugak ke...???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2013 04:39 PM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 4-6-2013 04:35 PM
yg putih oren tu utk dijual jugak ke...???

kena check dulu dgn abg sagoo, kang xpasal2 berebut kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2013 09:56 PM | Show all posts
medangmru posted on 3-6-2013 12:54 PM
xper la....bukannya selalu salah park...biasalah bawak motor ni kan park kat mana...

ok tq mod

tp wave ni aku tgk lampu signal belakang dia mcm honda 70 yg lama dulu la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2013 06:17 AM | Show all posts
hawaq posted on 4-6-2013 09:56 PM
ok tq mod

tp wave ni aku tgk lampu signal belakang dia mcm honda 70 yg lama dulu la

Honda nak kembalikan nostalgia Homda lampu bulay tu ....mesti otai2 suker...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2013 07:36 AM | Show all posts
medangmru posted on 5-6-2013 06:17 AM
Honda nak kembalikan nostalgia Homda lampu bulay tu ....mesti otai2 suker...

apa lagi med...

jom sambar satu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 08:23 AM | Show all posts
hawaq posted on 5-6-2013 07:36 AM
apa lagi med...

jom sambar satu

Hahhhhhhh....LC nan satu tu pun aku tak terbawak....nak beli lagi satu....biler la ada masa tuk ride nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 10:08 AM | Show all posts
medangmru posted on 5-6-2013 08:23 AM
Hahhhhhhh....LC nan satu tu pun aku tak terbawak....nak beli lagi satu....biler la ada masa tuk ri ...

takpe lah med... layan super preve' aje laaaaa... dah tukar rim sukan cenggini ke...???



Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 02:00 PM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 5-6-2013 10:08 AM
takpe lah med... layan super preve' aje laaaaa... dah tukar rim sukan cenggini ke...???

nak tkr macam yg KIA optima K5 nyer kasut sukan Ryo..merembes ayor liur ku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 02:54 PM | Show all posts
medangmru posted on 5-6-2013 02:00 PM
nak tkr macam yg KIA optima K5 nyer kasut sukan Ryo..merembes ayor liur ku...

yg cenggini ke...??


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 04:23 PM | Show all posts
ryo_takahashi1 posted on 5-6-2013 02:54 PM
yg cenggini ke...??

Yaaaaaaaa betullllllllllllllll
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:39 PM | Show all posts
Slav posted on 4-6-2013 04:39 PM
kena check dulu dgn abg sagoo, kang xpasal2 berebut kan..

oi nama aku plak kene petik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 10:52 PM | Show all posts
not bad~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 11:10 PM | Show all posts
design dia sungguh la kureng, cantik lagi Wave lama bagi aku la..

spesifikasi no komen.. hehe.. within that price.. tambah beberapa ratus boleh dapat Modenas 118EFI,

again, kalau dh minat Honda.. aku takleh nak kata apa.. top to toe cemana pun dia suka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.065518 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list