View: 2245|Reply: 0
|
Petak kuasai padang hoki
[Copy link]
|
|
Faeez seorang pemain yang bijak membaca taktik lawan.
SEBELUM bermulanya musim Liga Hoki TNBMLH musim ini, Mohd Noor Faeez Ibrahim berada dalam keadaan berbelah bahagi. Beraksi untuk UniKL atau menerima tawaran hebat pasukan Terengganu HT.
Namun, Faeez atau dikenali sebagai ‘Petak’ dalam kalangan rakannya, memilih untuk bersama UniKL. Pasukan yang banyak membantu meningkatkan permainan dan kerjayanya.
Sepanjang kerjayanya, banyak anugerah diterima. Dia sebagai penjaring terbanyak liga, dia juga pernah diangkat sebagai penjaring terbanyak pada Kejohanan Liga Hoki Remaja 2009.
Faeez sebelum ini juga pernah diundi sebagai pemain harapan pada Kejohanan Hoki Piala Razak 2009 selain dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Asia Tenggara di Bangkok juga pada tahun sama.
Beri aksi terbaik
Petak yang menjadikan pelari pecut Jamaica sebagai hero sukannya sekali lagi mewakili pasukannya untuk menerima anugerah Pasukan Terbaik 2012 pada Majlis Anugerah Sukan Negara, baru-baru ini.
Anugerah diterima selepas pasukan itu muncul juara pada Kejohanan Hoki Remaja Piala Asia, Mei tahun lalu dan buat pertama kalinya Malaysia mengesahkan slot ke Kejohanan Hoki Remaja Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di India pada 2 hingga 17 November tahun ini.
Namun, Faeez yang sudah pun mencecah usia 22 tahun terpaksa melupakan hasrat beraksi di kejohanan dunia memandang pertandingan itu untuk pemain di bawah umur 21 tahun.
“Kami tidak pernah menjangkakan akan menerima Anugerah Pasukan Terbaik 2012 memandangkan calon lain lebih senior dan mempunyai rekod terbaik dan cemerlang.
“Bagaimanapun penghargaan ini pasti akan menaikkan semangat juang dan keyakinan pasukan untuk beri aksi terbaik pada kejohanan di India nanti.
“Pasukan yang bakal diturunkan amat berbakat, Cuma mereka hanya perlu percaya keupayaan masing-masing untuk menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tangga keenam keseluruhan,” katanya yang pernah beraksi bersama Kelab Hoki Hatem, Liga Hoki Belanda, dua tahun lalu.
Penyelamat pasukan
Beraksi untuk UniKL, Faeez bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai orang penting menyempurnakan pukulan penalti sudut, tetapi bertindak sebagai pertahanan pasukan.
Faeez mula bermain hoki sejak bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang di Klang sebelum berhijrah ke Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Sekolah Sukan Bandar Penawar.
Pada masa terluang pula Faeez menghabiskan masa memancing. Satu perkara yang menjadi kekuatan Faeez, beliau seorang yang bijak membaca permainan lawan dan sering menjadi penyelamat ketika pasukan berdepan cabaran getir.
“Saya sudah anggap UniKL sebagai sebuah keluarga besar dan pegawai mereka tidak pernah berputus asa memberi dorongan serta galakkan.
“Apa yang dilakukan oleh UniKL dalam membangunkan sukan hoki wajar dicontohi institusi pengajian tinggi yang lain.
“Ia bukan sahaja memberi peluang pemain untuk perbaiki dan meningkatkan skil permainan, tetapi turut menyedia peluang pendidikan demi masa hadapan,
|
|
|
|
|
|
|
| |
|