CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4080|Reply: 6

Gambar Amir Khan Dan Ibunya Ke Mekkah Tunaikan Haji

[Copy link]
Post time 16-5-2013 12:20 PM | Show all posts |Read mode












MUMBAI - Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today semalam.

India Today melaporkan, walaupun Aamir sibuk dengan komitmen kerja, dia tetap berpegang kepada janji mengerjakan haji bersama ibunya.

Aamir yang memakai pakaian ihram dilihat berlepas dari Mumbai bersama ibunya serta lapan saudara mara lain pada pukul 6.30 petang Jumaat lalu.

Ia merupakan perjalanan haji pertama buat pelakon, penerbit dan pengarah filem berusia 47 tahun itu.

Dia tiba di sini dari Chicago, Amerika Syarikat pada Khamis lepas kerana sibuk menyiapkan filem akan datangnya bersama aktres Katrina Kaif, Dhoom 3.

Bintang pujaan ramai itu dijadualkan pulang dari mengerjakan rukun Islam kelima pada 3 November depan.

Selain berada di Mekah, Aamir dan anggota keluarganya akan melawat beberapa bandar berdekatan Madinah dan makam Nabi Muhammad SAW.

Mereka dilaporkan akan menginap di Hotel Al Massa dan Hotel Elaf Taiba masing-masing di Mekah dan Madinah.

Aamir merupakan salah seorang pelakon paling terkenal Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filem Lagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 12:27 PM | Show all posts


Alhamdulillah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 12:34 PM | Show all posts
Tottot89 posted on 16-5-2013 12:27 PM
Alhamdulillah

awak bila lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga istiqomah hijrahnya, amin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2013 07:20 PM | Show all posts
alhamdulillah.. glad to know he still practising Islam
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 07:52 AM | Show all posts
enginelady posted on 25-5-2013 07:20 PM
alhamdulillah.. glad to know he still practising Islam

yeah.. x sangka jgk aku dia pegi haji.. .. dah byk dah duk blakon sembahyang di kuil/gereja  bagai... siap pegang2 anjing bagai...apapun, alhamdulillah lah...


p/s: janji ngn mak mesti di tunaikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2013 04:34 PM | Show all posts
ISLAM RUPANYA DIE. tahniah kerana sudah smpi ke mekah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.068736 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list