|
PELAKON British, Aubrey Woods yang dikenali menerusi wataknya dalam Willy Wonka and the Chocolate Factory meninggal dunia pada usia 85 tahun, 7 Mei lalu.
Berita kematian tersebut disampaikan isterinya, Gaynor kepada BBC.
Woods meninggal di Barrow-in-Furness, Cumbria.
Karier seni Woods bermula pada usia 17 tahun apabila beliau memainkan watak Smike dalam filem The Life and Adventures of Nicholas Nickleby.
Beliau turut membintangi teater muzikal, The Four Muskeeters.
|
|