View: 3358|Reply: 5
|
Rod Stewart lihat foto isteri lepas rindu
[Copy link]
|
|
Penny Lancaster, isteri kepada Rod Stewart meninggalkan penyanyi berusia 68 tahun itu selepas pergaduhan besar dan membuatkan Stewart sangat kecewa. Stewart menghabiskan masa dengan melihat koleksi gambar isterinya.
Perpisahan selama dua minggu itu memberi ilham kepada Stewart menghasilkan sebuah lagu berjudul Picture In A Frame yang dimuatkan dalam album terbarunya.
“Saya dan Penny berpisah selama dua minggu dan lagu itu menceritakan keadaan saya sepanjang tempoh berkenaan. Saya mencari gambarnya, letakkan dalam bingkai dan kemudian letakkan atas meja tepi katil supaya setiap kali sebelum tidur dan bangun pagi, saya dapat lihat wajahnya,” kata Stewart.
Stewart dan Penny hidup bersama selama 13 tahun sebelum berkahwin pada Jun 2007. Stewart sebelum ini pernah berkahwin dengan Rachel Hunter dan Alana Hamilton.
Penyanyi lagu Maggie May yang mempunyai lapan anak dengan lima wanita termasuk Alastair, 7 dan Aiden, 2, hasil perkahwinan dengan Penny, belajar beberapa perkara bagaimana mahu mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
“Saya selalu mencintai wanita tetapi kebanyakannya hanya bertahan seketika. Untuk bahagia, setiap hari kita harus menjadi lebih baik dan pendengar setia.
“Saya berjumpa Penny pada usia awal 50-an. Jika ketika itu saya masih tidak menyedari kesilapan yang pernah saya lakukan, hubungan kami pasti musnah,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam gambar tu ...wajah husband and wide dekat seiras hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
apa sebab dorg berpisah...kesian nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah settle la kiranya nih kan? |
|
|
|
|
|
|
|
sempoi je wife dia guna selipar jepun |
|
|
|
|
|
|
|
taw juga sayang pd pasangan |
|
|
|
|
|
|
| |
|