CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2538|Reply: 8

Mark Wahlberg serik kena penjara

[Copy link]
Post time 12-5-2013 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Aktor Broken City, Mark Wahlberg yang pernah dipenjarakan atas kesalahan menyerang seorang lelaki ketika dia berusia 16 tahun mengaku patah hati apabila ditinggalkan kekasih.


Pun begitu, pertemuan dengan Rhe Durham pada 2001 menyedarkannya bahawa cinta bukan sesuatu yang memeritkan, sebaliknya membahagiakan.


Hasil perkahwinan Wahlberg dan Rhea, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ella, 9, Micheal, 7, Brenda, 4 dan Grace, 3.

Jelas Wahlberg, hatinya terluka apabila kekasih pertamanya enggan menunggu hingga dia dibebaskan dari penjara.

“Saya tidak salahkan dia, tetapi hati saya terlalu sakit apabila dia memutuskan hubungan kami. Ketika itu saya nekad tidak akan jatuh cinta lagi.





“Sepanjang hidup saya, terlalu ramai orang yang saya sakiti. Apabila Ella dilahirkan, baru saya sedar apa yang berlaku sebelum ini ada sebabnya. Saya akan mengajar anak lelaki menghormati wanita,” katanya.

Ketika zaman remajanya, lebih 20 kali dia berdepan masalah membabitkan polis. Dia sedar kesilapannya dan berazam mahu berubah ketika dipenjara.

“Apabila saya dengar pintu penjara dibuka dan ditutup, ia jauh berbeza dengan bunyi pintu rumah yang kita buka. Terlintas dalam hati, saya tidak sepatutnya jadikan penjara sebagai rumah,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 12:00 AM | Show all posts
aku suke tgk die ni berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 10:24 AM | Show all posts
dia ni .. mmg problematic teenager tyme remaja remaja dulu
tapi lakonan dia mmg best ... mantop
bukan dia ni abg kepada si Donnie ... NKOTB tu ker
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 06:30 PM | Show all posts
MissNigga posted on 13-5-2013 10:24 AM
dia ni .. mmg problematic teenager tyme remaja remaja dulu
tapi lakonan dia mmg best ... mantop
bu ...

dia adik pada donnie....donnie yg perkenalkan dia kat industri seni ni sbb xnak tgk mark terus dengan perangai bermasalah dia tu dulu...

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 07:55 PM | Show all posts
exclusive_vvip posted on 13-5-2013 06:30 PM
dia adik pada donnie....donnie yg perkenalkan dia kat industri seni ni sbb xnak tgk mark terus den ...

dia ni kan pernah jadi model spender last time khennn
pergh... body mantop ya amat.....
mujur ler dia ada abang yang bertanggung jawab .. sayang kat dia
kalo tak... tah apa ler nasib dia skrg khennn
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 04:17 PM | Show all posts
die nih kategori bad boy turns good pas dpt anak. jadi family man gitu


samelah mcm colin farrell pas dpt anak sorg tp anak tu cacat heols terus berubah dr playboy kaki minum arak takde disiplin kepada family man gitu


matthew mcconaughey dulu penah kene tangkap sbb hisap dadah pehtu gossip bergilir2 ngan artis wanita, dah kawen dan beranak 3 heols pun berubah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2013 04:09 PM | Show all posts
MissNigga posted on 13-5-2013 07:55 PM
dia ni kan pernah jadi model spender last time khennn
pergh... body mantop ya amat.....
mujur le ...

yup..body dia mantop..cuma katik sikit la kalu untuk standard badan omputih..hehe...

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 07:08 PM | Show all posts
exclusive_vvip posted on 15-5-2013 04:09 PM
yup..body dia mantop..cuma katik sikit la kalu untuk standard badan omputih..hehe...

tak kisah ler katik ...
janji package yang basic tu dah lengkap ....
tapi lately... dia tampak berisi sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 03:26 PM | Show all posts
MissNigga posted on 15-5-2013 07:08 PM
tak kisah ler katik ...
janji package yang basic tu dah lengkap ....
tapi lately... dia tampak  ...

uhuhuh...
best pulak baca story mark ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.053841 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list