Penyanyi yang penuh kontroversi Chris Brown telah menutup akaun Twitter miliknya sekali lagi gara-gara pergaduhannya di twitter dengan seorang penulis komedi Jenny Johnson. Menurut portal E! News, Chris telah menghantar satu tweet “I look old as f–k! I’m only 23…,” dan menyebabkan Jenny membalas tweet Chris dengan menulis “I know! Being a worthless piece of s–t can really age a person.” Chris membalas tweet Jenny dengan ayat : “Take them teeth out when u Sucking my d–k HOE.” Jenny juga telah mendapat beberapa ugutan bunuh dari peminat Chris Brown kerana ‘bergaduh’ dengan Chris di laman Twiter. Jenny telah mengkritik Chris Brown sejak kesnya memukul kekasihnya Rihanna pada tahun 2009 dan sehingga kini masih lagi menunjukkan protes terhadap perilaku Chris Brown seperti mempertikaikan mengapa Chris tidak dimasukkan ke dalam penjara diatas perbuatannya memukul dan membelasah Rihanna.
|