View: 1851|Reply: 3
|
Suntikan emosi Hilary Swank
[Copy link]
|
|
Kadangkala populariti saja tidak cukup kuat bagi seseorang pelakon itu membawa karakter dipertanggungjawabkan. Kesesuaian raut wajah untuk membawa emosi yang ingin ditonjolkan juga sangat penting.
Itulah cabaran aktres Hilary Swank apabila membintangi filem HBO, Mary And Martha. Pemenang Oscar sebanyak dua kali itu memegang watak Mary berganding dengan Brenda Blethyn sebagai Martha.
Ia mengisahkan perjalanan dua ibu berbeza secara tidak sengaja membentuk satu ikatan teguh kerana sama-sama kehilangan anak tunggal mereka akibat penyakit malaria yang dijangkiti ketika berada di Afrika.
Sempena memperingati Hari Malaria Sedunia, HBO Asia memilih Mary And Martha untuk tayangan perdana pada 25 April ini, bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai malaria, penyakit yang boleh dicegah dan dirawat. Drama menyentuh perasaan dan menaikkan semangat ini dihasilkan dari kisah benar.
Hilary, 38, mengakui bangga menjadi sebahagian daripada pembikinan filem yang memuatkan sedikit elemen dokumentari mengimbas kembali ketika penyakit malaria baru ditemui dan belum ada penawar.
“Drama ini sangat menyentuh perasaan kerana menonjolkan kekuatan dua wanita yang mempunyai latar belakang berbeza namun bersatu dan berusaha mencari penawar malaria.
“Penggambaran filem ini dijalankan di Afrika Selatan dan Carolina Utara. Suasana di sana banyak membantu mencetuskan emosi yang sepatutnya perlu saya rasai.
“Sekurang-kurangnya, saya diberi peluang berlakon dalam drama berbentuk autobiografi, sedikit suntikan elemen dokumentari dan juga satu cara meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu,” katanya.
Hilary turut mendapat pengetahuan mengenal pasti tanda awal penyakit itu, sekali gus sentiasa memastikan persekitaran kediamannya sentiasa bersih.
Dia juga berkongsi ilmu dengan keluarga supaya sama-sama dapat mengelak penyakit itu meragut nyawa. Katanya, memahami perasaan watak dilakonkannya, Hilary berjanji akan terus memberi ingatan pada semua orang di sekelilingnya.
Katanya, pengalaman menjalani penggambaran di Afrika memberi pandangan baru buatnya. Dengan cara hidup berbeza, Hilary dapat belajar cara hidup mereka dan membantu dirinya menjadi lebih memahami orang lain.
Katanya, dia bukan seorang yang pentingkan diri hingga enggan atau kurang sensitif mengenai situasi dialami orang lain. Namun melihat sendiri keadaan hidup masyarakat di Afrika membuatkan dirinya lebih matang.
“Tahap kematangan seseorang itu bukan dinilai berdasarkan usia tetapi percakapan, pergaulan dan pemikiran. Cara hidup masyarakat di Afrika sangat berbeza dengan saya.
“Ia banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang lebih peka. Kita bergaul dengan ramai orang daripada pelbagai latar belakang tetapi berbeza apabila kita sendiri ke negara itu dan tinggal buat beberapa waktu,” katanya.
Yang menarik, Mary And Martha mempertemukan dua wanita dari Amerika dan Britain lakonan Hilary dan Brenda di Afrika. Pertemuan itu mengikat tali persaudaraan apabila sama-sama melalui kehilangan dalam hidup mereka.
Mereka menyedari sebagai ibu, mereka mempunyai tanggungjawab untuk semua kanak-kanak di dunia dan mengabdikan diri mereka demi pencegahan penyakit malaria.
Mereka membina semula kehidupan baru dan menunjukkan betapa orang biasa boleh melakukan perubahan dalam mempengaruhi dasar sosial dan membawa kesan positif.
Ia mengisahkan Mary, pereka dalaman mewah Amerika, membawa anak lelakinya, George ke Afrika dengan menjanjikan pengembaraan menarik tetapi dia dijangkiti malaria.
Martha pula wanita Inggeris kelas pertengahan dan guru di rumah anak yatim yang membawa anaknya ke Afrika, namun anaknya meninggal kerana dijangkiti penyakit malaria.
Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, pada 2010 ada 216 juta kes malaria di seluruh dunia dengan anggaran 655,000 hingga 1.2 juta meninggal dunia akibat penyakit yang boleh dicegah ini.
Filem daripada skrip Richard Curtis ini ditangani Phillip Noyce sebagai pengarah turut dibintangi James Wood sebagai bapa Mary, Frank Grillo (suami Mary), Sam Claflin (anak Bertha) dan Lux Haney-Jardine (anak Mary).
|
|
|
|
|
|
|
|
Boy's don't cry. She is a good actress |
|
|
|
|
|
|
| |
|